BTC USD 85,846.4 Gold USD 4,348.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Khairy Jamaluddin Serah Nasib Kepada UMNO

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,358
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,358
Reaction score
346
Points
141
929c48d483701aba0ad1783c790aca6169c7c32c221b9

fb Khairy Jamaluddin

Bekas Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti membuat keputusan berhubung permohonannya menyertai semula UMNO.

Beliau berkata surat permohonan itu telah dikemukakan dan kini menunggu keputusan, yang dijangka dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) pada 17 April ini.

“Saya telah mengemukakan surat permohonan dan menyerahkan kepada UMNO untuk membuat keputusan,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Setiausaha Kerja UMNO merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pontian, Datuk Mohd Sumali Reduan di Benut, di sini.

Khairy berkata beliau bersedia kembali berkhidmat sekiranya permohonannya diluluskan, selain memaklumkan pertemuan dengan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, telah diatur dengan bantuan Sumali.

Menurut Khairy sekiranya diterima semula, beliau mahu bermula sebagai ahli biasa tanpa memikirkan sebarang jawatan kerana masih dalam proses kembali ke parti.

Terdahulu, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilaporkan berkata permohonan beberapa bekas pemimpin termasuk Khairy akan dibawa ke mesyuarat MKT pada 17 April ini.

 
Back
Top
Log in Register