combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Keterbatasan Fizikal Bukan Penghalang Bapa Urus Tiga Anak OKU Ke Sekolah
Orang Kelainanan Upaya (OKU) Zani Mamat, 48, bersama empat anaknya Zulaika Najwa, 13 (berdiri, kiri) dan tiga anaknya istimewanya, Zawani Najwa, 17, (duduk kiri), Mohd Zarif Nazmi, 15 (kanan) dan Mohd Zain Nazmi, 11, ketika ditemui di kediaman mereka di Kampung Beting Lintang.
Keterbatasan fizikal akibat kecacatan pada kedua-dua belah kaki sejak lahir tidak menghalang Zani Mamat daripada menunaikan tanggungjawab sebagai bapa untuk mengurus persekolahan tiga anaknya, dengan dua daripadanya ialah Orang Kurang Upaya (OKU).
Dengan bergantung pada tongkat untuk bergerak, Zani, 48, tetap menunggang motosikal beroda tiga untuk menghantar dan mengambil anak bongsunya, Mohd Zain Nazmi, 11, yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Beting Lintang sebelum ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tembila bagi menghantar dan menjemput pulang Mohd Zarif Nazmi, 15, dan Zulaika Najwa, 13.
Perjalanan pergi dan balik sejauh kira-kira 10 kilometer itu dilakukannya kira-kira 1 tengah hari setiap hari persekolahan, sebagai sebahagian daripada rutin membesarkan empat anak bersama-sama isterinya, Nurul Hafizan, 38.
"Ada ketikanya jauh di sudut hati saya, terdetik rasa sedih apabila memikirkan keadaan keluarga, tetapi saya reda dengan ketentuan tuhan apabila melihat orang lain yang diuji lebih berat.
"Anak-anak saya masih boleh mengurus diri walaupun mempunyai kekurangan fizikal. Hal itu membuatkan saya bersyukur dan terus berusaha," katanya ketika ditemui Bernama di sini, hari ini.
Daripada empat beradik termasuk anak sulung Zawani Najwa, 17, yang mempunyai kecacatan kaki sejak lahir, hanya Zulaika satu-satunya anak yang normal.
Zani berkata Zawani mengalami kelumpuhan pada kedua-dua kaki dan tidak boleh berdiri, menyebabkannya bergerak secara merangkak atau mengesot.
Katanya, Zawani pernah mengikuti kelas arus perdana di SMK Tembila hingga tingkatan empat sebelum berhenti sekolah kerana tidak mahu terus bergantung pada bantuan guru dan rakan-rakan.
"Mohd Zarif pula kedua-dua kakinya bengkok dan tegang sejak lahir serta mengikuti kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di SMK Tembila.