kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,698
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,698
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Dua Kanak-kanak Lemas Baru Kenal Tiga Hari, Bapa Reda Pemergian Anak
Bapa mangsa, Mohamad Khairudi Setapa, 42, (kiri) bersama kakak mangsa, Nur Ain Natasya, 17, yang tidak dapat menahan sebak ketika menunjukkan gambar Mohammad Haikal Ramzi, 12, yang dilaporkan hilang sejak petang semalam, ditemukan lemas di kawasan empangan di Jalan Murai 2, Taman Scientex, Pasir Gudang, awal pagi tadi.
Dua kanak-kanak lelaki yang ditemukan lemas di kawasan empangan di Jalan Murai 2, Taman Scientex, Pasir Gudang di sini awal pagi tadi, baru sahaja tiga hari mengenali antara satu sama lain.
Walaupun mangsa Mohammad Haikal Ramzi, 12, dan Muhammad Adam Faris Arman, 11, tinggal di kawasan perumahan yang sama, namun masing-masing bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Kopok dan SK Kota Puteri 4, Pasir Gudang yang jarak antara sekolah mereka lebih kurang 18 kilometer.
Mohamad Khairudi Setapa, 42, berkata beliau sama sekali tidak menyangka perkenalan singkat anaknya Mohammad Haikal dengan Muhammad Adam Faris, berakhir dengan pemergian serentak yang meruntun hati keluarga.
Beliau berkata anaknya merupakan seorang yang berkeperibadian baik dan mesra, justeru hubungan kedua-dua mangsa mudah akrab walaupun baru sahaja saling mengenali.
“Saya tidak sangka dia pergi secepat ini, tetapi saya reda, arwah diberi pinjaman oleh Allah untuk saya jaga selama 12 tahun, dia anak ‘abah’ dunia akhirat,” katanya ketika ditemui pemberita di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pasir Gudang, di sini hari ini.
Beliau berkata pemergian anak keduanya itu turut meninggalkan kesan, apabila hajat terakhir untuk memiliki koleksi permainan robot tidak kesampaian.
“Arwah memang minat mengumpul koleksi mainan robot dan kerap meminta saya beli setiap kali menjelang gaji, namun kali ini hajatnya tidak kesampaian,” katanya yang bekerja di sebuah kilang, di sini.
Mohamad Khairudi memiliki tiga anak dan berasal dari Pasir Puteh, Kelantan berkata kebiasaanya, Mohammad Haikal Ramzi keluar bermain pada waktu petang dan akan pulang ke rumah sebelum waktu Maghrib.
Bagaimanapun, beliau berasa cemas apabila anaknya tidak pulang, meskipun hari semakin gelap seterusnya mendorongnya mencari dengan bertanyakan rakan-rakan di sekitar kawasan perumahan, sebelum membuat laporan polis pada kira-kira 9 malam.