BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua Kanak-kanak 11 Tahun Dikhuatiri Lemas Dalam Empangan Di Pasir Gudang

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

Dua Kanak-kanak 11 Tahun Dikhuatiri Lemas Dalam Empangan Di Pasir Gudang​

cb42fa666f08b7a139725fbaf96aa7a26a7924644ff55

Kredit: JBPM Johor

Dua kanak-kanak berusia 11 tahun dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang di kawasan empangan di Jalan Murai 2, Taman Scientex, Pasir Gudang di sini, malam tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Pegawai Bomba Kanan I (PBK I) Haizrul Rahmad berkata empat anggota digegaskan ke tempat kejadian sejurus pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 10.36 malam.

Beliau berkata setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian mendapati  terdapat dua mangsa iaitu kanak-kanak yang dilaporkan hilang sejak petang.

"Bapa mangsa memaklumkan mangsa dikhuatiri lemas di kawasan empangan berikutan penemuan sebuah basikal dan selipar milik mangsa di lokasi kejadian.

"PKO bertindak menjalankan operasi mencari dan menyelamat di kawasan tersebut," katanya kenyataan malam tadi.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan sehingga kini.

 
Back
Top
Log in Register