kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,698
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,698
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Kekurangan fizikal tidak pernah memadamkan semangat seorang pemuda Orang Kurang Upaya (OKU) di Kampung Chawas di sini untuk bangkit berdikari, malah menjadi pemangkin kepada usaha membina kehidupan yang lebih bermakna.
Berbekalkan tongkat dan kemahiran membaiki telefon pintar, Ismail Yusoff, 24, membuktikan bahawa keterbatasan bukan alasan untuk bergantung sepenuhnya kepada ihsan orang lain apabila perkhidmatan baik pulih telefon yang dijalankan dari rumahnya sejak tiga tahun lalu kini menjadi sumber rezeki utama.

Dilahirkan dengan kecacatan pada kaki kanan, Ismail tetap cekal melangkah ke hadapan apabila terpaksa meninggalkan pekerjaannya di sebuah kedai membaiki telefon pintar di Johor Bahru susulan pandemik COVID-19 yang menjejaskan peluang pekerjaan.
“Ketika pulang ke kampung, saya berdepan kesukaran mencari kerja dan pada masa sama bimbang memikirkan kelangsungan hidup, lebih-lebih lagi dengan keadaan fizikal saya.
“Namun sokongan rakan serta ahli keluarga memberi kekuatan kepada saya untuk memulakan khidmat baik pulih telefon, bermula secara kecil-kecilan kepada kenalan terdekat sebelum mendapat kepercayaan penduduk kampung,” katanya kepada Bernama, baru-baru ini.
Ismail, yang lebih dikenali sebagai “Mail Totey”, berkata kemahiran itu diasah sepanjang dua tahun bekerja di kedai milik rakannya di Johor Bahru, pengalaman yang kini menjadi asas kepada kelangsungan hidupnya.
Menurutnya, perkhidmatan yang ditawarkan semakin mendapat sambutan apabila pelanggan bukan sahaja datang dari Kampung Chawas, malah dari sekitar daerah Tanah Merah serta kawasan berdekatan.
“Saya mengenakan caj antara RM100 hingga melebihi RM300 bagi setiap telefon, bergantung kepada jenis kerosakan dan jenama,” katanya.
Anak ke-10 daripada 12 beradik itu berkata pendapatan melebihi RM1,500 sebulan hasil usaha berkenaan bukan sahaja membantu menampung keperluan harian, malah mengukuhkan keyakinannya untuk terus berdikari.
Berbekalkan Tongkat, Kemahiran: Pemuda OKU “Mail Totey” Buktikan Keterbatasan Bukan Halangan
OKU, telefon pintar, kemahiran, baiki, Kampung C