combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
"PKNS Robotic Challenge" Buka Ruang Pelajar OKU Tingkatkan Kemahiran Insaniah, STEM
Guru Pengiring Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 19, Suhana Abu Bakar (tengah) bersama anak muridnya (dari kiri) Eizaz Zafry Ahmad Saffuan, Muhammad Danish Abdullah, Muhammad Safiy Amsyar Zaimy dan Harraz Dzakwan selepas Penutup PKNS Robotic Challenge 2026 di SACC Mall, hari ini.
Penganjuran “PKNS Robotic Challenge 2026” membuka ruang berharga kepada murid kurang upaya (OKU) untuk meningkatkan kemahiran insaniah serta membina keyakinan diri melalui kerja berpasukan.
Guru pengiring Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 19, Shah Alam, Suhana Abu Bakar berkata program berteraskan teknologi dan inovasi itu turut menjadi platform terbaik buat golongan berkenaan mengasah bakat dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) seiring dengan minat mendalam mereka terhadap peranti digital.
"Pertandingan seperti ini sebenarnya agak sukar disertai kerana OKU biasanya agak keberatan untuk bersosial, malah ada dalam kalangan mereka yang tidak mahu bercampur dengan orang lain. Namun, apabila berada dalam pertandingan ini, mereka berupaya bekerjasama dalam satu pasukan dengan baik.
"Penglibatan empat pelajar OKU berusia antara 13 hingga 15 tahun dari sekolah kami yang mengalami masalah autisme, kurang tumpuan dan hiperaktif (ADHD) serta ketidakupayaan berganda ini juga membolehkan mereka mengatasi rasa canggung serta berani berinteraksi dengan masyarakat luar," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas pasukannya menerima Anugerah Insaniah dalam Majlis Penutup PKNS Robotic Challenge 2026 di sini hari ini.
Turut hadir Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi negeri Dr Mohammad Fahmi Ngah dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Datuk Mahmud Abbas.
Dalam pada itu, Suhana berkata penglibatan dalam pertandingan itu secara tidak langsung berupaya membentuk sahsiah serta memupuk keyakinan pelajar, terutamanya ketika perlu menyampaikan pembentangan di hadapan khalayak ramai.
Beliau berkata bidang multimedia dan teknologi kini menjadi tumpuan utama ibu bapa pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) memandangkan kanak-kanak autisme umumnya mempunyai minat yang sangat tinggi terhadap gajet serta gubahan teknologi.
Sementara itu, Mahmud berkata dalam konteks STEM yang didukung sokongan kerajaan negeri, PKNS berhasrat mencipta sesuatu yang memberi manfaat jangka panjang kepada generasi muda bagi melahirkan modal insan yang lebih kompetitif dan berdaya saing untuk muncul antara yang terbaik dalam bidang inovasi di peringkat global.
Loading…
www.bernama.com