BTC USD 76,511.4 Gold USD 4,311.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Seorang pelajar UiTM meninggal dunia, lapan lagi dirawat ketika sertai Komander Kesatria Endurance Challenge

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,511
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,511
Reaction score
1,681
Points
201
14309317444324349-422997.jpg

14309317444324349-422998.jpg


Seorang pelajar UiTM meninggal dunia, lapan lagi dirawat ketika sertai Komander Kesatria Endurance Challenge


SEORANG pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) meninggal dunia, manakala lapan lagi menerima rawatan di hospital selepas ketika menyertai Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) di kampus UiTM Jengka, Pahang pada Jumaat.

UiTM Cawangan Pahang memaklumkan mangsa, Fadhlan Fakhry Solana Mohd Fellimal merupakan peserta dari UiTM Cawangan Negeri Sembilan dan menyertai acara itu yang bermula sejak 2 September lepas.

“Pengurusan UiTM menzahirkan rasa amat berdukacita dan mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Fadhlan Fakhry, peserta KKEC 2026 dari UiTM Cawangan Negeri Sembilan.

“Pihak pengurusan sentiasa mengutamakan kebajikan warganya, justeru UiTM sedang memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap kebajikan keluarga Allahyarham,” kata UiTM Cawangan Pahang menerusi kenyataan pada Ahad.

Jelasnya, pihak pengurusan universiti telah menggerakkan bantuan komprehensif bagi memastikan segala urusan pengurusan jenazah, dokumentasi, pengangkutan, serta keperluan sokongan emosi kepada keluarga mangsa berjalan dengan lancar dan dipermudahkan tanpa sebarang kesulitan.

Selain itu, katanya, pihak penganjur turut menetapkan pertandingan melibatkan aktiviti luar KKEC 2026 yang dijadualkan pada Ahad dibatalkan.


“Semua peserta diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum program bermula, selain saringan kesihatan berkala sebelum setiap acara bermula,” jelasnya.

Tambah kenyataan itu, terdapat beberapa peserta terdahulu yang diminta menarik diri selepas didapati tidak melepasi saringan akhir tersebut.

Artikel Mstar
 
422999-422999.jpg


Seorang penuntut UiTM sertai KKEC meninggal dunia, lapan lagi terima rawatan di hospital

Kuantan: Seorang peserta meninggal dunia, manakala lapan lagi menerima rawatan di hospital selepas mengalami masalah kesihatan ketika menyertai program Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) 2026 di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dekat Jengka, Maran.

Ketua Polis Daerah Maran Superintendan Wong Kim Wai berkata, pihaknya menerima laporan membabitkan kejadian itu pada 6.59 petang semalam.

"Mangsa yang meninggal dunia merupakan penuntut lelaki berusia 21 tahun dan butiran lanjut akan diberi selepas laporan bedah siasat diterima," katanya ketika dihubungi Bernama.

Difahamkan, kesemua mereka tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut dipercayai akibat faktor cuaca panas.

Sementara itu, UiTM Cawangan Pahang dalam kenyataan menzahirkan rasa dukacita dan mengucapkan takziah kepada keluarga peserta program KKEC daripada UiTM Cawangan Negeri Sembilan Allahyarham Fadhlan Fakhry Solana Mohd Fellimal.

Pihak pengurusan sentiasa mengutamakan kebajikan warganya, justeru UiTM sedang memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap kebajikan keluarga Allahyarham.

"Pengurusan universiti telah menggerakkan bantuan komprehensif bagi memastikan segala urusan pengurusan jenazah, dokumentasi, pengangkutan dan keperluan sokongan emosi kepada keluarga mangsa berjalan dengan lancar serta dipermudah tanpa sebarang kesulitan," menurut kenyataan itu.

UiTM memaklumkan sebagai bukti komitmen universiti terhadap keselamatan dan kesihatan pelajar, pihak penganjur sudah menetapkan pertandingan membabitkan aktiviti luar KKEC 2026 yang dijadualkan pada hari ini dibatalkan.

Menurut kenyataan itu, program tahunan yang menghimpunkan komander kesatria dari seluruh cawangan UiTM se-Malaysia berlangsung dari 2 hingga 8 September di UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka sudah melalui pematuhan prosedur operasi standard (SOP) kesihatan dan keselamatan yang ketat.

"Semua peserta diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum program bermula, selain saringan kesihatan berkala sebelum setiap acara bermula. Malah, beberapa peserta terdahulu sudah diminta menarik diri selepas didapati tidak melepasi saringan akhir terbabit," menurut kenyataan itu.

Pihak UiTM memandang serius kejadian ini dan akan terus memantau rapi situasi semasa bagi memastikan kebajikan semua pihak yang terlibat terpelihara.

"Segala kesulitan amatlah dikesali, dan kerjasama serta doa daripada semua pihak amat dihargai dalam mendepani waktu yang sukar ini," menurut kenyataan itu.
 

14309519610545237-423108.jpg


'Anak saya sihat' - Bapa penuntut UiTM rebah ketika KKEC

T.N. Alagesh

Temerloh: Ujian ketahanan yang sepatutnya menjadi rutin buat Fadhlan Fakhry Solana Mohd Fellimal bertukar tragedi apabila dia rebah ketika menyertai Cabaran Ketahanan Komander Kesatria (KKEC) di kampus Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jengka di sini pada 4 September lalu, sebelum disahkan meninggal dunia.


Bapanya, Mohamad Fellimal Mohd Sulanah, 50, berkata, anaknya yang juga pelajar Diploma Pengurusan Sukan dan Rekreasi menyertai cabaran berkenaan dalam dua edisi terdahulu dan berada dalam keadaan sihat sebelum menyertai acara tahun ini.

"Anak saya sangat meminati bidang sukan dan telah membuat persiapan mencukupi untuk menyertai acara ini. Dia berjaya menamatkan cabaran pada dua edisi lalu, malah pasukannya menjadi antara pemenang pada tahun lepas.

"Saya dimaklumkan bahawa anak saya kelihatan lemah apabila semakin menghampiri garisan penamat dalam acara pada Jumaat dan hampir rebah sebelum dikejarkan ke fasiliti perubatan di UiTM Jengka," katanya ketika ditemui di Unit Forensik HOSHAS hari ini.

Fellimal berkata, kali terakhir dia berhubung dengan Fadhlan Fakhry adalah menerusi aplikasi WhatsApp kira-kira jam 6.55 petang pada 4 September dan anaknya berjanji untuk menelefonnya selepas selesai acara ketahanan berkenaan pada sebelah malam.

"Kira-kira jam 11 malam, saya menerima panggilan daripada pegawai UiTM yang memaklumkan bahawa anak saya dibawa ke Hospital Jengka. Saya amat terkejut.

"Ketika saya dan isteri berbincang sama ada mahu bertolak ke Hospital Jengka, saya menerima satu lagi panggilan kira-kira tengah malam memaklumkan anak saya telah dipindahkan ke HOSHAS jadi kami terus bertolak dari Shah Alam dan tiba di sini kira-kira jam 3.30 pagi," katanya.

Fellimal berkata keluarganya dibenarkan melihat Fadhlan Fakhry dari jarak jauh di katilnya di zon merah, di mana mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan sedang dirawat akibat strok haba.

Fellimal yang turut membantu mengendalikan sebuah kelab ragbi komuniti berkata, kali terakhir dia bertemu dengan Fadhlan Fakhry adalah semasa majlis pentauliahan dan konvokesyen Leftenan Muda Kesatria di UiTM Shah Alam pada 29 Ogos lalu.

"Kami mengambil banyak gambar pada majlis itu dan itulah kenangan terakhir saya serta isteri bersamanya. Dia berada di UiTM selama kira-kira seminggu untuk menjalani latihan dan perbarisan (kawat) sebelum bertolak dari Shah Alam ke UiTM Jengka pada 1 September.

"Anak saya baru sahaja menamatkan pengajian diploma selama tiga tahun dan merancang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah, namun kejadian ini pula berlaku," katanya dengan nada sebak.

Selesai prosedur bedah siasat pada 2.30 pagi, jenazah Fadhlan Fakhry dibawa ke Masjid Denai Alam untuk disolatkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Elmina.

Fadhlan Fakhry dipercayai mengalami masalah kesihatan berkaitan haba bersama lapan lagi peserta lain ketika KKEC pada 4 September lalu. Lapan pelajar lain berkenaan dimasukkan ke HOSHAS dan Hospital Jengka untuk menerima rawatan.


Sumber : Harian Metro
 

Tujuh Pelajar UiTM Masih Terima Rawatan, Aktiviti Luar KKEC 2026 Batal Serta-merta​

60dd2688512c25ee5ea824a57fa890745e73708f62ac4


Tujuh pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) dilaporkan masih menerima rawatan serta pemantauan perubatan berikutan insiden berkaitan haba ketika menyertai acara jalan lasak pada program Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) 2026 di Kampus Jengka, Pahang.

Naib Canselor UiTM Prof Datuk Dr Shahrin Sahib@Sahibuddin menerusi kenyataan hari ini berkata pihak pengurusan universiti memberikan perhatian khusus terhadap tahap kesihatan serta kebajikan kesemua mahasiswa universiti berkenaan yang kini ditempatkan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh dan Hospital Jengka di Pahang.

"Berdasarkan maklumat terkini di HOSHAS, Liya Zafirah Muhammad daripada cawangan Perak masih menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU), manakala Meor Aqil Wildan daripada cawangan Perlis turut berada dalam pemantauan rapi di hospital sama.

"Lima lagi pelajar di Hospital Jengka ialah Nur Nabihah Musyidah Md Nasri (cawangan Johor Kampus Segamat), Nur Alia Farhana Abdul Fattah (cawangan Pahang Kampus Jengka), Muhamad Adam Azfar Suzaini dan Muhammad Anas Shahrul Nizat (cawangan Johor), serta Izzharith Zafran Muhammad Zulkarnain (cawangan Pahang)," katanya.

Beliau berkata UiTM memberikan jaminan berterusan untuk berhubung rapat dengan hospital dan keluarga terlibat bagi menyampaikan maklumat terkini tentang perkembangan kesihatan mereka.

Sebagai langkah serta-merta susulan insiden terbabit, Shahrin berkata pihak pentadbiran universiti membuat keputusan untuk membatalkan seluruh pertandingan yang melibatkan aktiviti luar KKEC 2026 yang dijadualkan berlangsung pada hari ini.

Beliau berkata keputusan tegas itu diambil memandangkan keselamatan, kesihatan dan kebajikan mahasiswa sentiasa menjadi keutamaan yang tidak boleh dikompromi.

Mengulas lanjut, beliau turut memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi membantu sebarang siasatan berhubung kejadian tersebut, di samping membuat penilaian secara menyeluruh terhadap prosedur keselamatan, saringan kesihatan, pengurusan risiko serta tindakan kecemasan penganjuran program.

"Langkah penambahbaikan ini penting bagi memperkukuh dan memperkemas setiap proses pelaksanaan aktiviti pelajar pada masa hadapan.

 

"Kesatria Challenge bertukar tr4gedi" | KOMANDER KESATRIA UITM M4UT - TUJUH KRITIKAL​

Ini bukan soal keselamatan semata-mata, kita tahu segalanya ada risiko, tetapi pelajar universiti tidak bersedia untuk aktiviti lasak sebegini. Mereka bukan dihantar ke universiti untuk menjadi tentera tetapi untuk belajar mengenggam segulung diploma dan ijazah.

Siapa yang harus kita persalahkan?
Kita mendoakan supaya ALLAHYARHAM Fadhlan Fakhry Solana Mohd Fellimal diampunkan segala dosanya.
Dan ditempatkan dalam kalangan orang orang yang beriman. alfatihah.

 
Back
Top
Log in Register