BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kanak-kanak 12 Tahun Meninggal Dunia Ketika Sertai Kejohanan Bola Sepak

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,485
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,485
Reaction score
1,681
Points
201
14275762349710845-412226.jpg

14275762349710845-412227.jpg


Kematian Danish Hizqeel: Tiada sebarang kecederaan, lebam mencurigakan – Polis



JOHOR BAHRU: Polis mengesahkan tiada sebarang kecederaan mahu pun lebam mencurigakan ke atas mayat kanak-kanak lelaki yang dilaporkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan bola sepak, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Azrul Hisham Mohd Shaffei, berkata kanak-kanak itu dibawa ke sebuah hospital swasta di Bandar Dato’ Onn di sini, untuk mendapatkan rawatan kecemasan sebaik sahaja tidak sedarkan diri.

“Pada jam 11.44 pagi, kanak-kanak berkenaan dibawa ke hospital, namun pegawai perubatan hospital mengesahkan dia sudah meninggal dunia.

“Pemeriksaan fizikal ke atas mayatnya mendapati tiada sebarang kesan kecederaan atau lebam yang mencurigakan.

“Proses bedah siasat kemudian dilakukan pada hari yang sama jam 6 petang bagi mengetahui punca sebenar kematian,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian mangsa adalah ‘pending laboratory investigations’ (menunggu siasatan makmal).


“Lelaki berusia 38 tahun itu memaklumkan, kira-kira jam 10 pagi, anaknya jatuh pengsan secara tiba-tiba ketika sedang bermain bola sepak di padang bola dalam kawasan Ekoflora itu,” katanya.

Azrul Hisham berkata, pihaknya sedang melengkapkan siasatan dari pelbagai sudut, termasuk melihat kepada sejarah perubatan mangsa.

“Klasifikasi kes ini juga boleh berubah sekiranya laporan bedah siasat atau bukti baharu menunjukkan sebaliknya,” katanya.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat lanjut mengenai kejadian ini untuk menghubungi talian hotline IPD Johor Bahru Selatan di 07-2182323.

Pada masa sama, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih di media sosial yang boleh mengganggu siasatan pihak polis serta mengaibkan keluarga mangsa.

Hari ini, media melaporkan, seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dilaporkan meninggal dunia selepas rebah ketika menyertai kejohanan bola sepak bawah 12 Tahun (B-12), semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai Danish Hizqeel Mohd Hanif adalah pemain bagi pasukan ‘Shining Academy’, sebuah kelab bola sepak yang berpangkalan di Pasir Gudang.

Difahamkan, kanak-kanak berkenaan tiba-tiba rebah ketika sedang beraksi di padang dan disahkan meninggal dunia.

Artikel Buletin Tv3
 

Kanak-kanak 12 Tahun Meninggal Dunia Ketika Sertai Kejohanan Bola Sepak​

ff069bccbf23c5608089c710f8b6fddb6a5cdf4c0d670

kredit: Facebook Shining FC

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun meninggal dunia selepas rebah ketika menyertai kejohanan bola sepak bawah 12 tahun (B-12) di sebuah pusat sukan di sini, semalam.

Menerusi hantaran di laman Facebook Shining FC, Allahyarham Danish Hizqeel Mohd Hanif yang menyertai kelab itu sejak berusia lapan tahun disifatkan sebagai seorang yang bersemangat, rajin berlatih, menghormati jurulatih serta sentiasa membawa senyuman kepada rakan-rakannya.

"Pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan yang amat besar buat seluruh keluarga Shining Academy. Kenangan, semangat dan jasanya akan sentiasa terpahat di hati kami.

"Kami mendoakan agar Allah SWT mengampunkan segala dosanya, melimpahkan rahmat ke atas rohnya, menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman serta mengurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran kepada seluruh ahli keluarga yang ditinggalkan," menurut hantaran itu.

Sementara itu, Persatuan Bolasepak Johor Bahru (JBFA) memaklumkan Danish Hizqeel mempunyai bakat yang besar dalam sukan bola sepak dan kehilangannya amat dirasai oleh seluruh komuniti bola sepak negeri.

Unit Sukan, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga murid Sekolah Kebangsaan Taman Rinting 2, Pasir Gudang itu menerusi hantaran di laman Facebook rasmi jabatan berkenaan.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Azrul Hisham Mohd Shaffei mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

 
Back
Top
Log in Register