BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kestabilan Kerajaan Perpaduan Hasil Persefahaman Semua Parti - AMK

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,150
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,150
Reaction score
346
Points
141

Kestabilan Kerajaan Perpaduan Hasil Persefahaman Semua Parti - AMK​

d0c04daade7d8b071c6876298bb5d76367d838636c7f8

Muhammad Kamil Abdul Munim

Kestabilan yang dinikmati Kerajaan Perpaduan ketika ini adalah hasil sikap saling menghormati serta persefahaman yang kukuh antara parti-parti yang membentuk kerajaan, kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Muhammad Kamil Abdul Munim.

Beliau berkata Kerajaan Perpaduan tidak terbentuk hasil usaha satu kumpulan semata-mata, sebaliknya menerusi kerjasama pelbagai parti dan pemimpin politik yang berkongsi tanggungjawab dalam memastikan kestabilan negara.

“Kestabilan yang dikecapi hari ini terhasil daripada sikap saling menghormati dan persefahaman yang jitu dengan meletakkan kepentingan rakyat serta negara sebagai keutamaan, bukannya melalui nada dan sikap angkuh serta sombong,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Sehubungan itu, Muhammad Kamil mengingatkan semua pihak dalam Kerajaan Perpaduan supaya tidak membuat dakwaan berlebihan mengenai peranan masing-masing kerana setiap komponen memainkan peranan penting dalam pembentukan kerajaan.

“Kita semua tahu Kerajaan Perpaduan ini terbentuk hasil kerjasama banyak pihak, bukan kerana satu kumpulan sahaja. Tidak perlu beranggapan seolah-olah kitalah yang paling berjasa. Tabiat lama ini nampaknya sukar untuk diubah,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register