BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan Perpaduan Beri Tumpuan Kekalkan Kestabilan Politik, Kebajikan Rakyat

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,766
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,766
Reaction score
289
Points
146
998732c57a1ae3ae9587d23517c2c35469fb697d22cc2

7c08c9e6aef0aae30929e10a2500c35569fb698f4f0be

a9c2595b683da282fb61b5d6e942c17f69fb699e33f4e

Ketua Setiausaha Pakatan Harapan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika berucap pada Ceramah Perdana Pimpinan Utama Pakatan Harapan di luar perkarangan Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi malam ini.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Kerajaan Perpaduan akan terus memberi tumpuan kepada tiga teras utama, iaitu mengekalkan kestabilan politik, memacu kemakmuran ekonomi dan menjaga kebajikan rakyat, kata Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata prinsip tersebut juga menjadi asas penyatuan dalam Kerajaan Perpaduan dan telah dibuktikan pelaksanaannya sejak tiga tahun lepas.

“Kerajaan ini dibentuk berasaskan saling percaya dan hormat. Dua nilai politik inilah, trust and respect, sebab itulah saya kagum dengan Tok Min (Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun) berjaya mengekalkan kemenangan di Negeri Sembilan dan mentadbir dengan jaya,” katanya ketika berucap pada Ceramah Perdana Pimpinan Utama PH di sini hari ini.

Turut hadir, Aminuddin yang juga Pengerusi PH Negeri Sembilan, Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke.

Saifuddin Nasution berkata beliau turut menaruh keyakinan terhadap kesinambungan kepimpinan sedia ada, dengan tempoh penggal semasa yang berbaki kurang daripada dua tahun.

“Kita letakkan keyakinan kuat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, kita nak beliau teruskan penggal berbaki dan kalau ditanya apa hala tuju PH, kita nak berusaha untuk memerintah penggal kedua dan Anwar memimpin sebagai Perdana Menteri penggal yang kedua.

“Hala tuju kita sangat jelas dan itu mesti bermula dengan Negeri Sembilan, kita terus bina kekuatan dan Tok Min akan terus memimpin dengan penuh cemerlang,” katanya.

Pada masa sama, Saifuddin Nasution berkata keutamaan akan terus diberikan kepada kebajikan rakyat dan kesinambungan dasar ekonomi dalam menghadapi cabaran global semasa.

“…dunia sekarang sedang berdepan dengan krisis, walau apa pun sasaran mereka, keadaan itu menyebabkan kita berdepan dengan krisis tenaga...yang ini setiap minggu kita bermesyuarat dalam Majlis Tindakan Ekonomi, tak ada cara lain. Kita janji dengan rakyat, kebajikan rakyat dan kestabilan ekonomi kita pertahankan,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register