BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kes Rasuah Gelanggang Skuasy: CEO Badan Berkanun Direman Lima Hari

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
896f2498445a765c947a249064db357e69de216e089a0

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah badan berkanun yang disyaki terlibat rasuah kira-kira RM1 juta bagi kontrak pembinaan gelanggang skuasy direman selama lima hari sehingga 18 April.

Kredit foto : SPRM


Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah badan berkanun yang disyaki terlibat rasuah kira-kira RM1 juta bagi kontrak pembinaan gelanggang skuasy direman selama lima hari sehingga Sabtu ini.

Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), perintah reman terhadap lelaki berusia lingkungan 40-an itu dikeluarkan oleh Majistret Ezrene Zakaria selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi.

Sumber itu berkata bayaran berkenaan dipercayai sebagai balasan membantu meluluskan tuntutan kontraktor berkaitan pembinaan gelanggang skuasy bernilai RM7 juta di ibu negara.

Lelaki terbabit dilaporkan ditahan kira-kira 7.20 malam di sebuah pusat beli-belah di Bukit Jalil di sini, semalam.

Tangkapan dibuat sejurus suspek dipercayai menerima wang tunai RM100,000 daripada seorang kontraktor binaan.

Suspek juga dipercayai menerima wang sebanyak RM500,000 sebelum sambutan Aidilfitri lepas sebagai bayaran pendahuluan.

 
Back
Top
Log in Register