BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SPRM Tahan CEO Badan Berkanun Disyaki Terima Rasuah Bina Gelanggang Skuasy

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80
e0c090f178872355a42505fae3a6baac6850303739fc5


Seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah badan berkanun persekutuan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) malam ini, kerana disyaki menerima rasuah berhubung kontrak pembinaan gelanggang skuasy.

Menurut sumber SPRM, suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira 7.20 malam di sebuah pusat beli-belah di Bukit Jalil.

Tangkapan dibuat sejurus suspek dipercayai menerima wang tunai RM100,000 daripada seorang kontraktor binaan.

Difahamkan, suspek sebelum ini meminta wang rasuah berjumlah RM1 juta sebagai balasan untuk memberikan kelulusan bayaran tuntutan kepada kontraktor berkenaan.

"Suspek juga dipercayai telah menerima wang sebanyak RM500,000 sebelum sambutan Aidilfitri lepas sebagai bayaran pendahuluan," menurut sumber itu.

Susulan penahanan itu, suspek dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya esok bagi permohonan perintah reman untuk membantu siasatan lanjut .

 
Back
Top
Log in Register