BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SPRM Tahan Dua Polis Peronda Disyaki Minta, Terima Rasuah RM14,000

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,486
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,486
Reaction score
1,681
Points
201
418079-418079.jpg


Anggota polis peronda direman, disyaki minta dan terima rasuah RM14,000

KUANTAN- Seorang anggota polis peronda ditahan disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM14,000 sebagai balasan tidak mengambil tindakan ke atas pengguna Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) yang melakukan kesalahan lalu lintas.

Suspek lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira jam 5.30 petang pada Sabtu ketika hadir memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang di sini.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati suspek disyaki bersubahat melakukan perbuatan tersebut bersama seorang lagi pegawai polis peronda sejak Januari hingga Julai lalu.

“Suspek dipercayai menerima wang rasuah melalui transaksi pemindahan wang ke akaun bank pihak ketiga yang digunakan.

"Suspek kini ditahan reman lima hari sehingga 20 Ogos depan," katanya.

Tambah sumber itu, perintah remah terhadap suspek telah dikeluarkan Majistret Ellyna Othman selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Kuantan di sini pada Ahad.

Sementara itu katanya, seorang lagi pegawai polis peronda berusia lingkungan 30-an yang ditahan reman sebelum ini disambung reman selama empat hari sehingga 19 Ogos ini.

"Perintah lanjutan reman tersebut juga dikeluarkan Majistret Ellyna Othman selepas permohonan reman pertama ke atas pegawai polis tersebut berakhir hari ini," jelasnya.

Pengarah SPRM Pahang, Mohamad Shukor Mahmud ketika dihubungi mengesahkan penahanan kedua-dua suspek.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Kredit ➡️ Sinar Harian
 

SPRM Tahan Dua Polis Peronda Disyaki Minta, Terima Rasuah RM14,000​

a2f53d5bc2727bdf32f34c731e9dcd216a818d760aed2

Kredit: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang

Seorang anggota dan pegawai polis peronda ditahan kerana disyaki meminta serta menerima rasuah kira-kira RM14,000 sebagai balasan tidak mengambil tindakan ke atas beberapa pengguna Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 2 yang melakukan kesalahan lalu lintas.

Menurut sumber, anggota lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira 5.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang.

“Siasatan awal mendapati suspek disyaki bersubahat melakukan perbuatan tersebut bersama seorang lagi pegawai polis peronda dari Januari hingga Julai 2026.

“Suspek dipercayai telah menerima wang rasuah melalui transaksi pemindahan wang ke akaun bank pihak ketiga yang dipercayai digunakan suspek,” kata sumber itu.

Lelaki itu kini direman lima hari hingga 20 Ogos selepas Majistret Ellyna Othman membenarkan permohonan SPRM di Mahkamah Majistret Kuantan pagi tadi.

Sementara itu, pegawai polis peronda lelaki berusia lingkungan 30-an yang ditahan pada 11 Ogos sebelum ini disambung reman empat hari hingga 19 Ogos.

Perintah lanjutan reman tersebut dikeluarkan Majistret sama hari ini selepas permohonan reman pertama ke atas pegawai polis tersebut berakhir hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pahang Mohamad Shukor Mahmud ketika dihubungi mengesahkan penahanan kedua-dua suspek dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

 
Back
Top
Log in Register