BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SPRM Reman Dua Anggota Polis Disyaki Minta, Terima Rasuah

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,771
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,771
Reaction score
289
Points
146
e18f465c7000b03e2b03a8be0e10611c68b7e756cac34


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka menahan reman dua anggota polis bagi membantu siasatan dakwaan meminta dan menerima rasuah kira-kira RM2,000 sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap individu terlibat dalam kes narkotik, bulan lepas.

Perintah reman enam hari bermula hari ini dikeluarkan Majistret Uthman Abd Ghani selepas membenarkan permohonan SPRM di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini hari ini.

Sumber SPRM berkata dua suspek lelaki berusia lingkungan 30-an dan 40-an itu ditahan kira-kira 5 petang semalam ketika menghadiri proses kawad cam di pejabat SPRM Melaka.

“Siasatan awal mempercayai mereka melakukan perbuatan itu pada 5 Jan di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh serta menerima rasuah itu secara tunai,” katanya.

Pengarah SPRM Melaka Datuk Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

 
Back
Top
Log in Register