BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kes Rasuah Gelanggang Skuasy: KBS Serah Sepenuhnya Siasatan Kepada Pihak Berkuasa

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
3d4df079e31f18112e67d8303a0c188e69e386e1dada5

Dr Mohammed Taufiq Johari

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menyiasat kes rasuah melibatkan gelanggang skuasy bernilai RM7 juta di Kuala Lumpur.

Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari berkata pihaknya juga sentiasa terbuka dan bersedia memberikan kerjasama kepada mana-mana pihak, terutama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan kes itu.

“Saya tidak akan berkompromi dengan mana-mana kes yang berlaku, khususnya dalam kementerian ini.

“Kami berpegang kepada prinsip tatakelola yang baik, sebab itu di peringkat kementerian juga kami inginkan kementerian ini (KBS) bersih dan kami akan memberikan kerjasama yang baik. Namun saya tidak boleh membuat sebarang ‘penghakiman’. Biarlah pihak berkuasa yang meneliti perkara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Fiesta Rakan Muda X Play True Day Peringkat Terengganu 2026 dan Kompleks Sukan Air Terengganu di Kompleks Sukan Air Terengganu di sini hari ini.

Sebelum ini, seorang ketua pegawai eksekutif sebuah badan berkanun dilaporkan direman lima hari kerana disyaki terlibat rasuah kira-kira RM1 juta bagi kontrak pembinaan gelanggang skuasy.

Menurut sumber, bayaran itu dipercayai sebagai balasan membantu meluluskan tuntutan kontraktor berkaitan pembinaan gelanggang skuasy bernilai RM7 juta di ibu negara.

Dalam perkembangan lain, Dr Mohammed Taufiq berkata keputusan untuk tidak menyediakan perkampungan sukan pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 dibuat oleh tuan rumah dengan persetujuan wakil dari setiap negeri pada Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi SUKMA sebelum ini.

“Saya memberikan ruang dan peluang kepada semua exco ketika itu untuk memberikan pandangan dan kata putus telah dicapai. Maknanya semua negeri bersetuju. Jadi, saya hanya menyampaikan keputusan mesyuarat.

 
Back
Top
Log in Register