kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,698
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,698
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Kes Pelajar Lemas Di Bangi, JPN Selangor Serah Siasatan Kepada Pihak Berkuasa
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor menyerahkan sepenuhnya siasatan berhubung kes seorang pelajar sebuah sekolah menengah yang dipercayai lemas di Bangi semalam kepada pihak berkuasa yang berkaitan.
Untuk itu, JPN Selangor memohon semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi, yang boleh mengganggu proses siasatan serta menghormati privasi keluarga mangsa.
“JPN Selangor sedang menguruskan bantuan yang sewajarnya kepada keluarga mendiang, serta memastikan aspek kebajikan dan kesejahteraan warga sekolah yang terkesan diberi perhatian.
“JPN Selangor merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang dan berharap mereka diberikan kekuatan serta ketabahan dalam menghadapi saat yang amat sukar ini,” menurut JPN dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, media melaporkan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang berhampiran pintu pagar sebuah kolej di Bangi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ashrul Riezal Asbar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 4.23 petang.