BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MBDK Serah Siasatan Insiden Kematian Anjing Kepada Polis

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

MBDK Serah Siasatan Insiden Kematian Anjing Kepada Polis​

9f52fe468e71bac222f0c5ce35e6a2686a6c853c1104c

Kredit: Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK)

Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menjalankan siasatan menyeluruh berhubung insiden yang mengakibatkan kematian seekor anjing ketika operasi tangkapan anjing liar di Taman Teluk Gedung Indah, Pelabuhan Klang, semalam.

MBDK dalam kenyataan hari ini menjelaskan insiden berkenaan berlaku semasa operasi yang dilaksanakan dari 8.30 malam hingga 12 tengah malam susulan aduan rasmi penduduk berkaitan gangguan keselamatan akibat kebanjiran anjing liar.

Operasi penguatkuasaan itu dijalankan mengikut Undang-Undang Kecil 17(1), Pelesenan Anjing dan Rumah Pembiakan Anjing MPK 2007, dengan sokongan Jawatankuasa Kesihatan, Kemasyarakatan dan Pembangunan Mampan (JKKPM) serta dimaklumkan kepada Ahli Majlis kawasan.

“Operasi melibatkan 11 kakitangan dan seorang pegawai Jabatan Kesihatan MBDK bersama kira-kira 50 penduduk setempat.

“Semua tangkapan dilaksanakan menggunakan peralatan 'loop' yang mengikut piawaian Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi memastikan proses penguatkuasaan dijalankan secara selamat serta mengutamakan kebajikan haiwan dengan 12 ekor anjing liar berjaya ditangkap,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, kenyataan itu memaklumkan semasa operasi di Jalan Sama Gagah 20, sekumpulan individu telah menghalang tugas anggota MBDK ketika proses menangkap seekor anjing yang didapati berkeliaran tanpa pengawasan di jalan awam.

Menurut MBDK, seorang daripada individu itu telah bertindak agresif dengan cuba memotong tali 'loop' menggunakan sebilah pisau serta mengugut untuk mencederakan diri sendiri sekiranya haiwan tersebut tidak dilepaskan.

"Tindakan tarik-menarik dan kekecohan yang berlaku telah menyukarkan usaha anggota MBDK untuk melonggarkan serta melepaskan peralatan berkenaan demi keselamatan haiwan sehingga menyebabkan haiwan tersebut mati.

"Bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih tegang dan menghindari kecederaan kepada mana-mana pihak, anggota MBDK telah melepaskan peralatan tersebut," menurut kenyataan itu yang turut memaklumkan polis telah hadir ke lokasi bagi mengawal keadaan.

 
Back
Top
Log in Register