BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kes Pelaburan RM1.1 Bilion: SPRM Mohon Bantuan AGC Peroleh Keterangan Individu Di Taiwan, UK

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Kes Pelaburan RM1.1 Bilion: SPRM Mohon Bantuan AGC Peroleh Keterangan Individu Di Taiwan, UK​

a30d5897e1458854639785bed46977df6a0dc2b0ebf72

1c3a50c7fde8345247a0d357cd1e02196a0dc2d79512d

6b256130f8a4631a436cb5446fcade5e6a0dc30332bf9

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abdul Halim Aman ditemubual oleh pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat SPRM Negeri Selangor hari ini.
-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mendapatkan Bantuan Perundangan Bersama (Mutual Legal Assistance - MLA) bagi memperoleh keterangan beberapa individu di Taiwan dan United Kingdom (UK) untuk membantu siasatan kes pelaburan RM1.1 bilion.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abd Halim Aman berkata pihaknya telah berhubung dengan Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi mendapatkan bantuan berkenaan susulan siasatan yang turut melibatkan bidang kuasa dua negara terbabit.

Beliau berkata proses itu diperlukan bagi membolehkan keterangan dan maklumat daripada individu terlibat diperoleh secara sah mengikut peraturan serta undang-undang antarabangsa.

“Kes ini mungkin akan memakan masa sedikit dari segi penyiasatan memandangkan ia melibatkan dua bidang kuasa yang berbeza, kita perlu melalui peraturan, undang-undang dan sebagainya. Jadi siasatan mungkin memakan masa," katanya kepada Bernama selepas melakukan lawatan kerja ke pejabat SPRM Selangor di sini hari ini.

Ia merupakan lawatan kerja pertama beliau sejak memulakan tugas sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 13 Mei lepas.

Abd Halim berkata SPRM setakat ini telah merakam keterangan 26 individu termasuk Ahli Parlimen Pandan Datuk Seri Rafizi Ramli serta bekas pembantunya Chai Jin Shern.

Mengulas lanjut, beliau berkata urusan dokumentasi bagi bahan-bahan bukti untuk kes berkenaan sedang dijalankan termasuk dokumen yang diserahkan oleh Rafizi.

"Dokumen daripada beliau kami terima dan di dalam analisis serta pertimbangan kita. Itu juga akan kami pertimbangkan, walaupun beliau hantar secara sukarela, kita terima dan kita akan pertimbangkan," katanya.

SPRM membuka kertas siasatan kes itu pada 16 Feb lepas susulan aduan daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mendakwa perjanjian projek melibatkan perjanjian kerjasama strategik industri semikonduktor antara Kementerian Ekonomi dan syarikat ARM Limited dari UK dibuat secara tergesa-gesa dan bersifat berat sebelah sehingga dijangka memberikan kesan kewangan kepada kerajaan.

 
Back
Top
Log in Register