BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,708
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,708
Reaction score
97
Points
80
6214963953867533e3f322de7a79ac20698ecdfa49c91

Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan meneliti dakwaan penyelewengan pelaburan berjumlah kira-kira RM1.11 bilion yang dikaitkan dengan bekas menteri kanan sebelum membuka kertas siasatan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata pihaknya baru sahaja menerima aduan daripada tiga badan bukan kerajaan berhubung perkara berkenaan, dan memerlukan masa untuk membuat semakan.

"Namun, setakat ini saya berharap diberi sedikit masa terlebih dahulu bagi meneliti dokumen-dokumen yang diserahkan kepada kami sebelum tindakan seterusnya dibuat," katanya selepas Majlis Penutup Bengkel Kewartawanan SPRM di sini hari ini.

Semalam, SPRM mengesahkan menerima laporan berhubung dakwaan penyelewengan pelaburan RM1.11 bilion melibatkan bekas menteri kanan di sebuah kementerian.

Berdasarkan laporan tersebut, pengadu mengesyaki terdapat keraguan mengenai proses rundingan dan kelulusan serta isu yang dikatakan boleh menimbulkan persepsi konflik kepentingan.

 
rafizi ke tu…

😆😆😆 ade lagi ke penyokong PKR
 
Menteri nama apa tu?
Normalise expose nama menteri
 
Back
Top
Log in Register