BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kes Tikam Pelajar: Remaja Lelaki Mohon Maaf Ketika Beri Keterangan Bela Diri

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,139
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,139
Reaction score
346
Points
141

Kes Tikam Pelajar: Remaja Lelaki Mohon Maaf Ketika Beri Keterangan Bela Diri​

5bd0cdb2ed54f764e948f4ecf8a667176a7d73819f7a1

cb544293c17e4cd578f98f38c6c813fb6a7d6e84144c9

Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun membela diri atas pertuduhan membunuh seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya, tahun lepas.

Remaja lelaki berusia 15 tahun yang diperintah membela diri atas pertuduhan membunuh seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya, tahun lepas, memohon maaf atas apa yang berlaku ketika memberikan keterangan di Mahkamah Tinggi, di sini hari ini.

Peguam Kitson Foong berkata anak guamnya membuat kenyataan itu selepas memilih untuk memberikan kenyataan tidak bersumpah selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap remaja berkenaan.

“Dia juga mengatakan dia minta maaf atas apa yang berlaku yang menyebabkan kematian dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas prosiding di hadapan Hakim Adlin Abdul Majid.

Terdahulu, Foong memaklumkan pihak pembelaan memulakan kes mereka dengan membuat ucapan pembukaan, menyatakan bahawa pembelaan akan mengemukakan keterangan saksi pembelaan kedua, iaitu pakar psikiatri bagi menyokong pembelaan tidak siuman di bawah Seksyen 84 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata pakar psikiatri dari Hospital Bahagia Ulu Kinta, Dr Ian Lloyd Anthony kemudian dipanggil sebagai saksi pakar untuk menerangkan keadaan mental remaja itu, termasuk proses rujukan, rawatan serta hasil pemeriksaan yang dijalankan.

Foong berkata selain laporan bertulis yang telah diterima mahkamah, pihaknya turut mengemukakan soalan kepada pakar itu berhubung istilah dan definisi perubatan psikiatri, termasuk psikosis dan skizofrenia.

“Doktor itu yang juga saksi terakhir, turut memberikan keterangan bahawa remaja berkenaan mengalami pelbagai ilusi serta penyakit mental sejak kira-kira lima tahun lepas,” katanya.

Foong berkata pakar berkenaan turut memberikan pandangan bahawa tempoh tanpa rawatan yang panjang boleh menyebabkan keadaan penyakit mental menjadi lebih serius, khususnya apabila ia berlaku ketika remaja berkenaan masih kanak-kanak.

“Keterangan Dr Ian Lloyd diberikan sebagai keterangan pakar di bawah Seksyen 45 Akta Keterangan 1950,” kata peguam itu.

 
4 lawyer cover dia
Siap expert witness sbg defense
Ada chance scotfree
 
Back
Top
Log in Register