BTC USD 75,703.4 Gold USD 4,332.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kes Tikam Pelajar: Remaja Diperintah Bela Diri

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

Kes Tikam Pelajar: Remaja Diperintah Bela Diri​

cb544293c17e4cd578f98f38c6c813fb6a7d6e84144c9

Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun membela diri atas pertuduhan membunuh seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya, tahun lepas.

Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun membela diri atas pertuduhan membunuh seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya, tahun lepas

Hakim Adlin Abdul Majid mengeluarkan perintah berkenaan selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap remaja terbabit.

Peguam Kitson Foong yang mewakili tertuduh mengesahkan mengenai perintah mahkamah berkenaan.

Remaja itu didakwa membunuh mangsa yang ketika kejadian berusia 16 tahun di dalam bilik tandas pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah kebangsaan di Bandar Utama antara 9.20 pagi hingga 9.35 pagi, 14 Okt 2025.

Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, namun tertuduh juvana tertakluk kepada peruntukan Akta Kanak-kanak 2001.

“Sepanjang perbicaraan, pihak pendakwaan memanggil saksi-saksi termasuk tiga kanak-kanak, guru sekolah, ibu mangsa, pakar patologi serta pegawai penyiasat kanan untuk memberi keterangan,” kata peguam itu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin, Aqharie Durranie Aziz dan Ahmad Iqbal Azman.

Memandangkan tertuduh masih di bawah umur, identiti remaja itu tidak boleh didedahkan atau dirakam gambarnya, manakala keseluruhan prosiding dijalankan secara tertutup.

Pada 12 Feb lepas, remaja berkenaan mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan semula dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Adlin.

 
Back
Top
Log in Register