BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Papagomo Diperintah Bela Diri Atas Pertuduhan Buat Hantaran Palsu Di Facebook

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

Papagomo Diperintah Bela Diri Atas Pertuduhan Buat Hantaran Palsu Di Facebook​

24e139da4f358a8e46d35b77527c3b9f6a0c100b2e6c8

Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo

Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan penulis blog Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo membela diri atas pertuduhan menerbitkan hantaran palsu berkaitan 11 Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang didakwa menarik sokongan terhadap Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Perdana Menteri.

Hakim Ahmad Fuad Othman membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Wan Muhammad Azri pada akhir kes pendakwaan.

Dalam penghakimannya, beliau berkata mahkamah berpuas hati ketiga-tiga elemen pertuduhan telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan berdasarkan keterangan dan dokumen yang dikemukakan sepanjang perbicaraan.

Ahmad Fuad turut menolak hujah pembelaan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes hanya kerana memanggil dua saksi, sebaliknya berpandangan bilangan saksi bukan faktor penentu sama ada sesuatu kes berjaya membuktikan prima facie.

Beliau berkata hantaran palsu yang mendakwa 11 Ahli Parlimen PKR menarik sokongan terhadap Anwar bukan sahaja berpotensi mengganggu ketenteraman awam, malah boleh menjejaskan keyakinan pelabur terhadap kestabilan politik dan ekonomi negara.

“Bayangkan kesan kandungan ini, bukan sahaja menimbulkan kegusaran orang ramai malah dalam konteks ini, ia menjejaskan pelabur. Jadi, mahkamah mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan ketiga-tiga elemen pertuduhan. Oleh itu, mahkamah memerintahkan tertuduh membela diri,” katanya.

Mahkamah kemudian menetapkan 1, 2 dan 15 Sept ini untuk prosiding bela diri, manakala keputusan kes dijadualkan pada 22 Okt.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) Faten Hadni Khairuddin menegaskan bahawa kesalahan di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 tidak bergantung kepada sama ada orang kena saman (OKS) ialah individu yang mula-mula mencipta kandungan tersebut.

"Tindakan OKS memuat naik kandungan palsu ke akaun Facebooknya sendiri, dengan niat yang dilarang undang-undang, sudah mencukupi untuk memenuhi elemen kesalahan di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.

 
Back
Top
Log in Register