BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kes Bunuh Penunggang Motosikal: Pembantu Makmal Tukar Pengakuan Kes Dadah

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Kes Bunuh Penunggang Motosikal: Pembantu Makmal Tukar Pengakuan Kes Dadah​

998cf63f45af412f284da21facfcefc66a1febdd563ae

Pembantu makmal yang sebelum ini berdepan pertuduhan membunuh seorang penunggang motosikal, menukar pengakuannya kepada tidak bersalah atas satu pertuduhan berkaitan dadah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

R. Saktygaanapathy, 28, menukar pengakuan itu selepas pertuduhan pindaan dibacakan semula di hadapan Majistret Nor Azilah Mat.

Mengikut pertuduhan pindaan, dia didakwa memasukkan dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC) ke dalam badan sendiri di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan pada 3.30 petang, 29 Mac.

Pada 1 April, tertuduh dilaporkan mengaku bersalah atas pertuduhan memberikan diri sendiri dadah jenis benzo dan THC pada waktu dan lokasi yang sama.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun serta pengawasan tidak lebih tiga tahun, jika sabit kesalahan.

Peguam Aravind Raj yang mewakili tertuduh ketika ditemui di luar mahkamah berkata anak guamnya tidak diwakili peguam semasa dihadapkan ke mahkamah dua bulan lepas, menyebabkan dia tidak memahami kesan dan akibat daripada pengakuan bersalah yang dibuat sebelum ini.

Nor Azilah kemudian menetapkan 22 Julai sebagai tarikh sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan kimia.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Sulfie Abu Hassan.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret berasingan, Majistret A. Karthiyayini menetapkan tarikh yang sama (22 Julai) untuk sebutan semula kes bunuh yang dihadapi Saktygaanapathy bagi membolehkan pihak pendakwaan melengkapkan laporan bedah siasat.

Back
Top
Log in Register