kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,694
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,694
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Kes Penunggang Motosikal Maut: Lelaki Memandu Di Bawah Pengaruh Dadah hadapi Tuduhan Bunuh
Seorang juruteknik yang dipercayai memandu di bawah pengaruh dadah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang penunggang motosikal, pada Ahad lepas.
Seorang juruteknik yang dipercayai memandu di bawah pengaruh dadah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang penunggang motosikal, pada Ahad lepas.
R. Saktygaanapathy, 28, didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian kepada Amirul Hafiz Omar, 33, di Jalan Raya Barat di sini pada 11.47 pagi, 29 Mac lepas.
Pertuduhan terhadap lelaki terbabit dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara selama tempoh tidak lebih 40 tahun dan, jika tidak dijatuhi hukuman mati, hendaklah dihukum dengan sebatan tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret A. Khartiyayini kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Berita Lanjut Menyusul
