BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kes Penunggang Motosikal Maut: Lelaki Memandu Di Bawah Pengaruh Dadah hadapi Tuduhan Bunuh

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146
4f055a61e46f48e59a29f80284774da069c948fc473c8

fb Polis Klang Selatan

Seorang penunggang motosikal maut dilanggar pemandu kereta yang berada di bawah pengaruh alkohol dan dadah dalam nahas di Jalan Raya Barat, Klang dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Lim Jit Huey berkata insiden pada kira-kira 11.40 pagi itu mengakibatkan mangsa, iaitu seorang lelaki berusia 30-an, tercampak ke atas bumbung kereta lain dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kereta Honda City yang dipandu suspek, iaitu seorang lelaki berusia 20-an, menghala ke Bandar Klang dalam keadaan laju dan berbahaya.

“Setibanya di lokasi kejadian, pemandu itu dipercayai memotong beberapa kenderaan sebelum memasuki laluan bertentangan dan melanggar motosikal mangsa.

“Perlanggaran itu mengakibatkan mangsa tercampak ke atas sebuah Perodua Myvi sebelum disahkan meninggal dunia, dan hasil saringan air kencing mendapati suspek positif alkohol serta dadah,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Lim berkata kes disiasat di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Susulan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan insiden berkenaan tampil untuk membantu siasatan.

Terdahulu, tular di media sosial rakaman video memaparkan insiden sebuah kereta dipandu laju memotong garisan berkembar dan merempuh sebuah motosikal sehingga mengakibatkan penunggangnya melambung sebelum tercampak ke atas kenderaan lain.

 
mesti bangsa pendatang kan yg bawa motor tue nama takde...
 
385767-385767.jpg


Lepas langgar Arwah sampai meninggal,lepas tu tido lena ye.
Nak tengok sape peguam die nanti.
 
14198696721578013-385783.jpg

14198696721578013-385784.jpg


Salam takziah kepada waris mangsa, dan alfatihah kepada mangsa. Semoga ditempatkan diantara orang orang beriman.

#Pemandumabuk
 
14198789313021637-385821.jpg

14198789313021637-385822.jpg

14198789313021637-385823.jpg

14198789313021637-385824.jpg


SELANGOR - Pemandu mabuk, positif dadah rempuh penunggang motosikal direman empat hari

Polis berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Gambar : Sinar Harian

Sumber : Sinar Harian
 
Arwah on the way nak ke kedai buku popular kat seksyen 19
 
Back
Top
Log in Register