BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kes Dadah Pembantu Juruterbang: Polis Tahan Enam Lelaki Tempatan

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Kes Dadah Pembantu Juruterbang: Polis Tahan Enam Lelaki Tempatan​

ad379d87da88b3426b57cb2078424bbb696356500a794

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan enam lelaki tempatan disyaki terlibat dalam sindiket penyeludupan dadah antarabangsa yang  berkaitan dengan penahanan seorang pembantu juruterbang warga Malaysia di Jakarta, Indonesia pada Julai lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek berusia 23 hingga 50 tahun ditahan dalam operasi khas JSJN dari 20 hingga 28 Ogos di beberapa lokasi.

Tangkapan itu hasil maklumat dan soal siasat pasukan JSJN terhadap pembantu juruterbang berusia 39 tahun itu di Jakarta dari 11 hingga 15 Ogos.

“Siasatan dan risikan mendapati semua suspek itu mempunyai peranan dalam sindiket pengedaran dadah yang membabitkan pembantu juruterbang itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Hussein berkata empat daripada enam suspek itu sempat melarikan diri ke Thailand dan Vietnam, namun ditahan sebaik kembali ke Malaysia.

“Dua lelaki yang melarikan diri ke Thailand ditahan sewaktu kembali ke negara ini menaiki feri ini di Kuah, Langkawi manakala dua lagi yang ke Vietnam ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang,” katanya.

Hussein berkata suspek kini ditahan mengikut Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 yang membolehkan polis menahan reman mereka selama 60 hari bagi melengkapkan siasatan sebelum perintah tahanan lanjut dikeluarkan.

“Sebahagian hasil siasatan melibatkan enam lelaki itu akan dikongsikan kepada pihak polis Indonesia,” katanya.

Sebelum ini, seorang pembantu juruterbang ditahan pihak berkuasa Indonesia di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta selepas disyaki cuba menyeludup 25 kilogram dadah.

 
Back
Top
Log in Register