afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,224
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,224
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
Kerjasama BN-PH, ‘Rumah Bangsa’ antara usul 157 bahagian Umno
Umno tidak akan menyekat mana-mana pembahas daripada menyuarakan pandangan termasuk sentimen berhubung desakan pilihan raya pada Perhimpunan Agung Umno kali ini, kata Asyraf Wajdi Dusuki.
Setiausaha Agungnya, Asyraf Wajdi Dusuki, berkata pihaknya tidak akan menyekat mana-mana pembahas daripada menyuarakan pandangan.
Katanya, ia termasuk sentimen berhubung desakan pilihan raya serta tindakan undang-undang ke atas beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) baru-baru ini.
“Suara yang dibangkitkan itu bukan suara individu, tetapi suara akar umbi dari cawangan, bahagian dan negeri.
“Kita tidak wajar menghadkan apa yang boleh atau tidak boleh disuarakan. Biarlah mereka berbahas secara terbuka dan telus,” katanya pada sidang media hari ini.
Terdahulu, Presiden Umno Zahid dilaporkan berkata lebih baik PRU16 diadakan lebih awal, berbanding tempoh penggal Parlimen yang hanya akan berakhir hujung tahun depan.
Zahid yang juga pengerusi BN berkata jika penggal Parlimen tamat sehingga penghujungnya, gabungan itu bersedia berdepannya.
Dalam perkembangan lain, Asyraf Wajdi turut membidas gesaan Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang menuntut beliau meletakkan jawatan sebagai pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) ekoran isu membabitkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji.
Katanya, desakan berkenaan tidak relevan memandangkan namanya langsung tidak pernah dikaitkan atau disebut dalam RCI Tabung Haji, selain menyifatkan ia sekadar mainan persepsi.
“Saya dilantik oleh timbalan perdana menteri merangkap menteri kemajuan desa dan wilayah. Hanya beliau yang selayaknya menentukan kedudukan saya.
“Mara lahir dari ‘rahim’ Umno pada 1964 untuk membela orang Melayu dan Bumiputera. Saya bertanggungjawab mempertahankan reputasi institusi ini daripada cubaan pihak luar yang mahu merobeknya,”katanya.