afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,221
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,221
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
PH P Pinang kekalkan exco BN, teruskan kerjasama
Pengerusi PH Pulau Pinang Chow Kon Yeow bercakap pada sidang media hari ini. Turut hadir ketua DAP negeri Steven Sim (dua dari kiri) dan ketua PKR negeri Mohamad Abdul Hamid (dua dari kanan).
“Ini selaras dengan pakatan pilihan raya yang dibuat pada PRN 2023,” kata Pengerusi Chow Kon Yeow pada sidang media di ibu pejabat DAP Pulau Pinang.
Beliau berkata, Pengerusi BN Zahid Hamidi telah berikrar akan terus menyokong kerajaan perpaduan persekutuan sehingga tamat penggalnya.
Keputusan mengekalkan Rashidi Zinol, yang juga Adun Sungai Acheh, sebagai exco pembangunan luar bandar, agroteknologi, keterjaminan makanan dan keusahawanan dicapai sebulat suara dalam mesyuarat pimpinan PH Pulau Pinang hari ini.
Perkembangan ini berlatarkan ketegangan antara PH dan BN pada PRN Johor dan Negeri Sembilan.
PH tewas dalam kedua-dua pilihan raya tersebut, di mana PN memberi laluan kepada BN di beberapa kerusi di Johor, dan kedua-dua gabungan itu berganding bahu di Negeri Sembilan.
Semalam, Penasihat DAP Lim Guan Eng menggesa PH Pulau Pinang ‘bertindak dengan tegas’ memandangkan PN kini telah menjadi sekutu rapat Umno.