BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Others Kereta jenama H ‘full spec’ dalam tangan, graduan gaji 5k tambah pula 2 kad kredit! Tahu-tahu hutang cecah RM20k sebulan

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
46,541
Joined
Apr 15, 2012
Messages
46,541
Reaction score
4,820
Points
266

553.jpg

Ramai anak muda terjebak hutang gara-gara tidak bijak menguruskan kewangan. -Gambar hiasan



BAGI golongan muda yang berstatus bujang, memperolehi pendapatan bulanan sehingga mencecah RM5,000 boleh dikatakan satu pencapaian yang agak membanggakan.

Namun ketika kedudukan kewangan berada pada tahap yang selesa, sewajarnya golongan ini bijak menguruskan wang agar dapat menjamin masa depan kelak.

Namun tidak dinafikan, ramai yang 'terciduk' gara-gara lebih mementingkan kehendak berbanding keperluan, sebagaimana situasi yang dialami individu ini.

Menurut individu berkenaan, dia kini sedang cuba bangkit namun mahu berkongsi pengalaman pahitnya untuk dijadikan pengajaran kepada orang lain.

"Gaji saya tidaklah tinggi sangat tapi sebagai fresh graduate dan bujang, dapat gaji RM5,000 sebulan dah rasa mewah.

"Tak sampai setahun (kerja), buat loan beli kereta jenama H full spec... dalam RM1,200 (bayar ansuran bank) sebulan.

2665058.jpg


Perbelanjaan yang tidak terkawal menjadi salah satu penyumbang kepada masalah hutang. -Gambar hiasan

"Yang ini tak ada lah bawa masalah sangat disebabkan bujang dan komitmen hanya mak ayah. Setiap kali balik kampung belanja mak ayah mewah-mewah, kepala dan hati tenang.

"Kemudian rasa nak ada kad kredit, acah-acah hidup macam orang banyak duit, spend sesuatu pakai kad kredit. Saya dapat dua kad kredit, masing-masing RM6,000 limit," kongsinya.

Menurut individu yang tidak mendedahkan identiti itu, titik hitam dalam hidupnya bermula apabila dia terlalu mengikut hawa nafsu apabila berbelanja sehingga terjerumus dalam masalah hutang.

"Setiap kali gaji masuk, selepas tolak komitmen, tinggal RM100 saja untuk buat makan dan belanja bagi tempoh sebulan. Masa ni buntu memang tak tahu nak buat apa," luahnya.

Ujar individu tersebut, dia bagaimanapun tersedar daripada kesilapan dan cuba bangkit perlahan-lahan.

Menurutnya, dia banyak membaca perkongsian pengalaman mereka yang pernah berdepan dengan masalah sama untuk dijadikan panduan dan motivasi.

Apabila dah jadi ketua keluarga nanti, pengalaman menjadi guru terbaik dalam hidup.​


NETIZEN​

"Saya ambil segala tunjuk ajar sifu-sifu dalam group dengan tidak menambah hutang, sebaliknya buat beberapa kerja untuk bayar semua hutang.

"Disebabkan saya ada kereta baru, saya buat part time pandu e-hailing . Satu hari dapat berapa pun saya tak kisah... yang penting boleh cover minyak kereta dan ada lebihan untuk beli telur dan makan dengan nasi serta bayar hutang.

"Penat sangat-sangat. Habis saja kerja full time, sambung buat e-hailing pula," kongsinya.

Berkat usahanya yang tidak mengenal penat dan lelah, dia berjaya melunaskan hutang-hutang kad kreditnya yang keseluruhannya berjumlah lebih RM20,000.

"Alhamdulillah dengan izin-Nya saya dah bayar semua hutang kad kredit... terus terminated dua-dua kad.

"Jadi gaji bulan ni bolehlah hidup macam awal-awal kerja dulu. Dah tak perlu buat part time, ada banyak masa untuk tenangkan fikiran balik.

"Memang perit dah nak berhutang macam ni. Biarlah hidup biasa, tapi hati tenang. Lepas ni fikir nak simpan duit, kalau ada masa lebih boleh buat e-hailing untuk duit simpanan," kongsinya lagi.

2665059.jpg


Antara komen netizen terhadap perkongsian berkenaan.

Perkongsian individu berkenaan meraih perhatian warga maya dengan rata-ratanya mengagumi kerja kerasnya demi menyelesaikan hutang.

"Dik, kamu sangat bernasib baik tak terjerumus dalam lembah hutang yang tiada kesudahan.

"Bagus ada kesedaran masa muda lagi. Sebab apabila dah jadi ketua keluarga nanti, pengalaman menjadi guru terbaik dalam hidup. Tahniah dan Alhamdulillah.

"Alhamdulillah seronok dengar cerita macam ni," demikian antara komen netizen.

-Mstar
 
Kereta honda rm1200 - honda city kot
Kad kredit 2biji limit 12k.
Ni saja bulan2 xsampai 2k..
Ada lagi 3k dia belanja...mgkin yg lain2 tu mewah juga...

Tapi dapat settle semua alhamdulillah..perlukan kesungguhan je
 
sekarang kehendak melebihi keperluan..

saya last pakai CC tahun 2004 ke 2005 camgitu limit dalam 10k .. bawak pun Wira je (bulanan RM700) .. CC cancel sebab jarang guna, buat menyemak dompet je .. kalo gi kelab hujung minggu guna cash sbb baru boleh tau berapa amaun yang keluar tu berapa .. sekarang pun masih guna cash / atau TnG / Debit Card lebih sesuai daripada CC ..

keluar ngan awek pun lepak restoran mamak atau kedai tepi jalan je, awek pun sporting bukan kepala macam zaman sekarang hantaran 20k ..

bukan pakai gosok kiri-kanan sampai taktau berapa yang keluar 🤭
 
5k ni company besar etc O&G. Cc tu penting jugak cth emergency medical atau kereta problem blh guna.
 
Back
Top
Log in Register