BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Bergaduh sebab hutang tatu RM120

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,511
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,511
Reaction score
1,681
Points
201


Bergaduh sebab hutang tatu RM120


SHAH ALAM – Hanya kerana hutang tatu berjumlah RM120 membuatkan empat individu bergaduh termasuk menggunakan selaras senapang ikan dan busur di kawasan parkir sebuah pangsapuri di Setia Alam, di sini, malam tadi.


Insiden pergaduhan itu turut tular di media sosial sehingga menyebabkan kerosakan pada kenderaan.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Pemangku Senior Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, hasil tangkapan itu turut merampas beberapa senjata dan kenderaan yang digunakan dalam pergaduhan.

Katanya, ini merangkumi selaras senapang ikan berserta busur, satu batang kuku kambing dan sebatang ekzos motosikal dan sebuah kereta jenis Perodua Axia.


“Kes disiasat mengikut Seksyen 148 dan 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan rusuhan menggunakan senjata dan melibatkan kerosakan harta benda,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, siasatan turut dilakukan dibawah Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 iaitu dalam milikan sesuatu senjata yang disenaraikan dalam jadual kedua sebagai senjata berbahaya.

Justeru katanya, mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor S. Vemal di talian 011-39216101.

Artikel : Kosmo Online
 
Back
Top
Log in Register