BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan Tubuh Jawatankuasa Khas Rentas Agensi Tangani Jenayah Scam Dalam Talian

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

Kerajaan Tubuh Jawatankuasa Khas Rentas Agensi Tangani Jenayah Scam Dalam Talian​

3209e9437abbcbac59b1c5b2bda8937e6a45ec5de60f9

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil mengadakan sidang media mingguan di Angkasapuri hari ini.

Kerajaan telah menubuhkan sebuah jawatankuasa kerja dan kumpulan teknikal khas bagi menangani jenayah penipuan dalam talian atau scam pada 18 Jun lepas, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Beliau berkata penubuhan itu susulan pemukiman Jemaah Menteri yang membincangkan peningkatan kes jenayah berkenaan dan mesyuarat pertama jawatankuasa kerja itu akan diadakan dalam tempoh terdekat dengan penglibatan pelbagai kementerian, agensi dan jabatan berkaitan.

Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan MADANI berkata pendekatan merentas agensi itu bagi memperkukuh usaha penguatkuasaan, perundangan dan siasatan bagi meningkatkan keselamatan pengguna di platform digital.

“Ini melibatkan pelbagai kementerian, agensi, jabatan malah buat pertama kalinya sektor perbankan, sektor telekomunikasi serta platform utama termasuk media sosial akan turut dilibatkan.

“Ini adalah satu langkah proaktif di pihak kerajaan untuk mengenal pasti isu yang dihadapi dan menguruskan sama ada dari segi penguatkuasaan, perundangan dan juga siasatan supaya rakyat Malaysia dapat menggunakan platform digital lebih selamat,” katanya pada Sidang Media Mingguan di Angkasapuri, hari ini.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata hasil penubuhan jawatankuasa berkenaan kerajaan menjangkakan beberapa perkembangan positif dapat dicapai dalam tempoh terdekat.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan tidak dapat memperincikan semua strategi yang dibincangkan bagi mengelakkan ia diketahui pihak tidak bertanggungjawab.

“Ya, kita jangkakan dalam masa terdekat, beberapa perkara akan dapat diuruskan. Saya tidak boleh bercakap terlalu terbuka kerana yang sedang menonton ini juga mungkin dalam kalangan scammer,” katanya.

Fahmi berkata pendekatan merentas agensi itu sebelum ini pernah digunakan dalam menangani jenayah seksual terhadap kanak-kanak dan terbukti berkesan melalui beberapa operasi khas.

 
Back
Top
Log in Register