BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan MADANI Perkukuh Perlindungan Sosial Rakyat Sepanjang 2025

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141
3b72f0c0cce51456dd2e89f359387e87694678469185f

a02f99592e13a1f50821ee1257d203cf6946785fde703

82abe2b41b45599d5c6c12e99af38f1d6946789db1521

9dbc0476c4a9d825b9c8bf8e739eb798694678cdddf18

cc23bf35bd94e21f03ec3eda0da19a9a6946791b24f3c

712e22328a3f7d907635fdcf75025a7f694679a214011

Kredit: Laman Facebook Anwar Ibrahim

Kerajaan MADANI telah memperkukuh perlindungan sosial rakyat sepanjang 2025, dengan mempertingkatkan bantuan tunai ke tahap tertinggi dalam sejarah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan turut memperluas sokongan untuk keluarga serta memastikan tindakan pantas dan bantuan segera digerakkan setiap kali bencana melanda.

“Semua ini menggambarkan tekad MADANI untuk memastikan setiap isi rumah dibela tanpa ada yang tercicir dan terpinggir,” katanya dalam catatan di Facebook.

Menerusi infografik yang disertakan dalam hantaran itu, antara bantuan disediakan Kerajaan MADANI sepanjang tahun ini termasuk peruntukan RM13 bilion bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Selain itu, kerajaan juga menyediakan SARA sebanyak RM100 secara sekali beri kepada setiap warganegara berusia 18 tahun ke atas menggunakan MyKad yang mula ditebus pada 31 Ogos sehingga 31 Dis.

Bagi bantuan banjir, kerajaan antaranya menyalurkan sebanyak RM1,000 Bantuan Wang Ihsan (BWI) untuk setiap keluarga terjejas, RM10 juta BWI kepada Sabah dan RM50 juta BWI bagi Kelantan dan Terengganu.

 
Back
Top
Log in Register