Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,764
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,764
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kini menikmati subsidi petrol RON95 pada harga RM1.99 seliter berbanding harga pasaran semasa RM2.05 seliter, menerusi inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) bermula 28 Sept.
Dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi global serta tekanan kos sara hidup yang dirasai seluruh lapisan masyarakat, Kerajaan MADANI menumpukan pelaksanaan pelbagai inisiatif strategik bagi memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
Sehubungan itu, 2025 menjadi medan pelaksanaan pelbagai program di bawah inisiatif MADANI yang bukan sahaja bertujuan meredakan beban perbelanjaan isi rumah, malah memperkukuh jaringan perlindungan sosial negara agar rakyat paling terkesan tidak tercicir.
Antara langkah utama ialah penambahbaikan dan peluasan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), yang disesuaikan berdasarkan realisi semasa kos hidup termasuk makanan, pendidikan dan pengangkutan.
STR merupakan program berasaskan bantuan tunai, manakala SARA berkonsepkan pembelian barangan keperluan asas menggunakan MyKad di premis terpilih, yang terbukti berkesan meringankan beban golongan memerlukan dengan penyaluran ditambah baik saban tahun
Peruntukan STR dan SARA turut ditingkatkan daripada RM10 bilion pada 2024 kepada RM13 bilion bagi 2025, dengan perluasan kategori penerima merangkumi isi rumah berpendapatan rendah, warga emas dan individu bujang berpendapatan rendah.
Setakat ini, lebih 5.4 juta penerima SARA bulanan di bawah STR menggunakan MyKad membeli barangan asas di premis berdaftar, dengan kadar penggunaan sebanyak 98 peratus dan nilai perbelanjaan sebanyak RM3.6 bilion setakat 3 Nov, manakala bagi penerima penghargaan SARA RM100 pula, lebih 18.3 juta rakyat atau 83 peratus berjaya memanfaatkannya melibatkan kos RM1.69 bilion.
Bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan program, kerajaan turut memperkukuh kerjasama dengan sektor swasta badan dan bukan kerajaan (NGO) melalui inisiatif Payung Rahmah.
Antara usaha di bawah strategi berkenaan ialah Jualan Rahmah yang menawarkan barangan asas pada harga lebih rendah dan telah merekodkan kira-kira 21 juta transaksi dengan nilai jualan dianggarkan RM800 juta setakat Oktober lepas.
Tumpuan terhadap kebajikan rakyat turut merangkumi jaminan akses kepada subsidi petrol yang menjadi kebimbangan khususnya dalam kalangan M40, namun pengumuman kerajaan pada September lepas memberikan kelegaan apabila kumpulan itu turut layak menerima subsidi bersasar.
Inisiatif MADANI 2025: Perkukuh Jaringan Sosial, Ringankan Beban Hidup Rakyat
sorotan, MADANI, BUDI, RAHMAH, bantuan, SARA