BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan Akan Buat Penyelarasan e-Invois Dan SST - PM Anwar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,158
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,158
Reaction score
346
Points
141
66251f04cecff3805121f7ec7a1c5b9369270018203d5

Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (kiri) bersalaman dengan calon Pakatan Harapan bagi DUN Karamunting, George Hiew Vun Zin pada majlis ramah mesra bersama masyarakat Cina DUN Karamunting.

--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA


Kerajaan Persekutuan akan membuat penyelarasan serta penambahbaikan terhadap pelaksanaan e-Invois serta cukai jualan dan perkhidmatan (SST) bagi memudahkan syarikat kecil, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata pengenalan e-Invois itu memang baik namun dari segi pelaksanaan adakalanya memberikan masalah kepada syarikat-syarikat kecil.

“Saya dengar permasalah itu dan sedia membuat penyelarasan namun saya tidak boleh umumkan sekarang kerana ini masa kempen.

“Saya nak beritahu juga kami (kerajaan Persekutuan) dengar, kami akan buat penyelarasan baik dari segi pelaksanaan e-Invois mahupun pelaksanaan SST,” katanya semasa berucap pada Majlis Ramah Mesra dan Makan Malam Bersama Masyarakat Cina di sini malam ini.

Beliau berkata pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 ini, PH tidak akan membentuk kerajaan negeri sebaliknya bersedia memberi sokongan bagi memastikan kerajaan negeri yang dibentuk kelak dapat bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan.

 
Back
Top
Log in Register