BTC USD 60,627.8 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

''Kenapa tak solat?''

Ada kajian dari universiti tempatan...mengatakan di malaysia orang Islam hanya 20% solat...15% solat berjemaah di Surau/Masjid.
Satu hari saya bercakap dengan seorang student Nigeria...Dia kata dinegaranya 100% orang islam solat..Subhanallah...bila negara kita nak jadi macam tu...
Kalau kita semua bersolat...mesti ekonomi Islam akan pegang..Seorang Ulama India di Sri Lanka apabila ditanya soalan...'Syekh macammana kita nak buat supaya barang turun harga?'
dia menjawab...'Banyakkan beribadah'...Sri Lanka sekarang 100% penduduk islam solat berjemaah...Ekonomi org Islam pegang...Org islam ramai..tapi kafir lagi ramai disana...Waktu solat masjid penuh..sampai bergilir2 dua kali penuh solat jemaah...tak cukup ruang Subhanallah
 
Rakyat Malaysia yang beragama Islam kalau boleh jadi macam orang Islam Sri Lanka kan bagus..100% solat berjemaah..subhanallah. Sekarang kerajaan Malaysia orang Islam dah pegang...boleh la buat banyak program2 dan penguatkuasaan kepada umat Islam di Malaysia contohnya yang selalu ponteng solat jumaat tu boleh dikenakan hukuman denda ke apa...bagi tegas sikit la buat penguatkuasaan baru berkesan. Program2 dakwah pun boleh diperbanyakkan lagi untuk menarik minat orang ramai datang ke masjid. insya Allah suatu hari nanti ekonomi Malaysia ni umat Islam yang pegang bila semua umat Islam solat berjemaah
 
Betul pemimpinnya n betullah rakyatnya..solat tu wajib..hukum wajib tu bukanlah paksaan..kerana hadis pun rotanlah anak mu..bermakna hal tu didlm rumah..kita nk suruh org bersolat siap suruh pergi berjemaah siap nk bg denda ni..dh rotan ke anak sendiri yg meninggalkan solat tu..
Kebanyakan Dr kita xfaham Dr hadis..byk yg rotan anak suruh solat..sedangkan yg sebenarnya suruh anak kita bersolat dulu..jika dia terlepas waktu.. xbersolat..barulah dihukum dgn rotan..so,selesaikan dulu anak2 kita dlm bab solat..sebelum nk selesaikan hal luar Dr rumah..
 
Betul tuan...Anak2 kita waktu kecil..ramai ibu bapa bawa ke mesjid solat bersama....Tapi bila remaja umur ting 1-3...anak tak ikut kita dah...dia solat di rumah....solat pon perlu disuruh...Waktu ni pon perlu terus rotan..sebab mereka selalu tangguh hingga lewat waktu....Alhamdulillah anak sy semua solat...Sy rotan mereka hingga masuk universiti pon...Sbab kadang mereka lalai sibuk main game. Subhanallah
 
Salam tuan..jika tuan merotan mereka dlm waktu..masih lagi salah..tetapi jika diluar waktu dan mereka benar2 telah meninggalkan solat waktu tersebut..barulah benar..kerana hukuman..jika dlm waktu kita rotan UTK suruh solat..itu paksaan..cukup sekadar suruh bgtau nasihat dulu dlm waktu tu..inilah yg dikatakan bila berumur 10 tahun suruh mereka bersolat..didikkan..bila meninggalkannya..bermakna habis waktu..rotanlah..hukuman..w.a
 
BERSIAP-SEDIA UNTUK PERISTIWA YANG LEBIH BESAR. ADAKAH KITA SUDAH BERSEDIA?

Sekarang ramai yang khuatir tentang situasi yang melanda. Tapi sebenarnya ia adalah satu peringatan untuk kita menghadapi hari yang lebih sukar.

Suatu hari nanti ketika makanan sudah semakin kurang maka yang perlu kita simpan adalah buah kurma. Ia adalah makanan yang tahan lama dan mempunyai zat yang tinggi untuk keperluan tubuh badan.

Dalam keadaan sekarang orang yang paling lega adalah orang yang paling tiada hutang atau yang paling kecil hutangnya. Tidak perlu fikir untuk bayar hutang, yang ada hanya hidup untuk survive.

Jika keadaan telah kembali pulih, jangan kita leka.. terus buat persiapan untuk menghadapi hari-hari yang lebih berat..

Apa itu hari yang lebih berat?

Hari di mana kemunculan Imam Mahdi, setiap lelaki akil baligh di wajibkan berperang, kerana ketika itu akan berlakunya perang dunia yang sangat besar. Berdosa besarlah kepada mereka yang tidak Ikut berperang sedangkan mereka dalam keadaan yang mampu.

Dan ujian yang paling besar adalah ketika keluarnya Dajjal. Dajjal yang mengawal hujan dan makanan (Dengan izin Allah), sehingga orang-orang beriman bertahan tanpa makan. Bertahan hanya dengan zikrullah..

Apa yang dinyatakan dalam hadis tentang peristiwa akhir zaman telah banyak yang dizahirkan, termasuklah tentang penularan wabak dan kematian mengejut.

Perasan tak?

Selama ini kita hanya lihat di TV tentang nasib malang yang diterima negara lain seperti peperangan, kehilangan sumber makanan dan kehilangan tempat tinggal..

Dan kini giliran negara kita pula diuji (Dengan penularan wabak yang tak pernah berlaku sebelum ini). Ia bermaksud, sebagaimana ujian yang menimpa negara lain, sebenarnya negara kita juga tak terkecuali.

Tak terbayang bagaimana jika Allah menguji kita seperti syria dan palestin. Tiada makanan, tiada tempat tinggal, tiada pekerjaan, wang ringgit juga tak bernilai lagi.. yang kita inginkan hanya keselamatan.

Suatu perkara yang tak pernah berlaku, biasanya kita rasa mustahil untuk berlaku, betul?

Suatu perkara yang kita rasa seolah-olah mustahil, kini telah berlaku ke dalam negara kita. Begitu juga, ada banyak lagi perkara yang kita rasa mustahil yang Allah akan datangkan satu per satu di hadapan mata kita.

Janganlah kita jadi orang yang tergamam, tetapi jadilah orang yang sentiasa bersedia.

Jangan kita terus leka dan terbuai. Jangan mengingati Allah hanya ketika waktu sukar, tetapi apa yang Allah kehendaki adalah kita sentiasa taat dan mengingatiNya pada setiap masa dan keadaan.

Adakah keadaan akan pulih?

InsyaAllah keadaan akan pulih, percayalah. Namun bersiap sedialah untuk hari-hari mendatang yang akan jauh lebih sukar lagi.

Allah dahulukan dengan sedikit ujian agar kita sedar dan tidak leka. Manfaatkan masa yang ada untuk bertaubat, bermuhasabah, perbaiki diri dan amalan.

Bersiap sedialah dari segi iman, amal, fizikal dan mental. Kurangkan hutang sebanyak mungkin agar kita lebih bersedia untuk menghadapi gelombang ujian yang seterusnya.

Sama-samalah kita sentiasa menjaga solat fardhu 5 waktu dan perbanyakkan solat-solat sunat. Jika keadaan kembali pulih sama-sama kita berazam untuk sentiasa berjemaah di masjid. Mungkin ujian yang diturunkan ini merupakan suatu teguran daripada Allah, disebabkan sikap kita sebelum ini yang selalu kosongkan masjid, sekarang kita semua langsung dihalang untuk datang ke masjid buat masa ini. Sama-samalah kita bermuhasabah.

Semoga Allah sentiasa membantu kita menjadi hamba yang hampir kepadaNya.
 
Solat sunat rawatib adalah solat-solat sunat yang didirikan sebelum ataupun sesudah solat fardhu lima waktu. Hikmah pensyariatannya ialah bagi menyempurnakan segala kekurangan sewaktu mengerjakan solat fardhu, seperti tidak khusyuk atau tidak mentadabbur ayat-ayat yang dibaca.

Solat rawatib sebelum solat fardhu dikenali sebagai solat sunat qabliyah, manakala solat rawatib yang setelah solat fardhu pula dikenali sebagai solat ba’diyah.

Solat sunat rawatib ini pula terbahagi kepada mu’akkad (ditekankan) dan ghairu mu’akkad (tidak ditekankan). Adapun tentang jumlah rakaat solat rawatib yang mu’akkad, telah tsabit hadith yang diriwayatkan oleh Ummu Habibah R.’Anha yang menjelaskan terdapat dua belas rakaat solat Rawatib sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW yg bermaksud:

Tidaklah seorang hamba Muslim mengerjakan solat kerana Allah SWT dalam satu hari dua belas rakaat sebagai tathawwu’ dan bukan fardu, melainkan Allah SWT akan membangunkan untuknya sebuah rumah di syurga.

Sahih Muslim (728)

Dalam hadith yang lain dijelaskan pula perincian solat-solat yang berjumlah dua belas rakaat seperti yang disebut dalam hadith di atas. Daripada Ummu Habibah R.’Anha, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud:

Barang siapa yang mengerjakan solat (sunat) sebanyak dua belas rakaat dalam sehari semalam kelak akan dibangunkan untuknya sebuah rumah di syurga. Dua belas rakaat itu adalah empat rakaat sebelum solat Zohor, dua rakaat setelah solat Zohor, dua rakaat setelah solat Maghrib, dua rakaat setelah solat Isyak dan dua rakaat sebelum solat Subuh.

Sunan Tirmidzi (380) dan Sunan Ibn Majah (1196)

Melalui riwayat Ibnu ‘Umar R.A pula menunjukkan jumlah rakaat solat rawatib adalah sepuluh. Beliau berkata yg bermaksud:

Aku telah menghafal (menjaga) dari Nabi SAW tentang sepuluh rakaat (iaitu solat sunat) iaitu dua rakaat sebelum solat Zohor dan dua rakaat sesudahnya, dua rakaat setelah solat Maghrib di rumahnya, dua rakaat setelah solat Isyak di rumahnya dan dua rakaat sebelum solat Subuh.

Sahih al-Bukhari (1180)

Sama-samalah kita amalkan solat sunat rawatib ini untuk menampung kekurangan kita dalam solat fardhu. Mungkin dalam solat fardhu seharian kita masih ada kekurangan maka disunatkan kepada kita untuk melakukan solat sunat rawatib dan solat-solat sunat yg lain.
 
Ni la sikap org islam kita
Nasib baik ada jemaah tabligh
Kalau idak, ksong la jwb nya

3850-FD90-15-C1-46-CE-8866-5-C17-A28-C2817.jpg
 
Kan DG KKM dah ada bagitau,jangan kita stigmakan apa apa kumpulan,dgn memuji satu kumpulan dgn tak cara langsung dah kutuk kumpulan lain.Elok komen cara umum dah.Solat Fardu ni yg 17 rakaatsehari semalam jumlah semua tu wajib.Ada gak solat sunat rawatib 14 rakaat pun nak kena buat gak,solat sunat wudu',solat sunat tahiyatul masjid,solat dhuha,solat witir,solat tahajud.Maknanya kalau nak solat satu hari satu malam memang tak putus putus.
 
Back
Top
Log in Register