ikhlaskanhati
Fun Poster
- Messages
- 391
- Joined
- Jan 31, 2016
- Messages
- 391
- Reaction score
- 134
- Points
- 33
susah sebenarnya nak solat 5 waktu.. Allahhhu... sebab tu tak mampu buat....
Allahu...sedih baca..takpa pelan2 berubah ke arah yg lebih baik.
Di sini saya nak kongsi skit cara nak bagi mudah untuk solat..bagi orang yg rasa berat utk tunaikan solat. Cara ni berkesan bagi saya..tapi bagi orang lain tak tau la..mudah-mudahan berkesan bagi saudara dan bagi orang lain juga.
Kalau rasa berat nak solat, mula2 sekali kita kena ada rasa..rasa pertama yg kita kena ada ialah rasa takut...sebab apa kena takut..sebabnya adalah orang yg tak solat dijanjikan dengan bermacam2 azab sama ada di kubur, di mahsyar dan juga balasan azab neraka. Kita manusia ni bila2 masa je boleh mati..tak kira di mana..sampai masanya akan mati dan masuk kubur nanti sorang2...dalam sebuah hadis orang yg tak solat akan dibangkitkan di akhirat nanti bersama firaun..nampak mcm remeh orang yg tak solat ni...tapi bagi Allah orang yg tak solat seperti penjenayah yg besar kesalahannya..dan diazab di neraka dgn azab yg amat pedih. Tapi bila ada rasa takut ni biasanya kebanyakan orang masih lagi berat untuk tunaikan solat.
Rasa yg kedua pula ialah perasaan mengharap..iaitu mengharap untuk mendapat keredhaan dari Allah..perlu ada rasa mengharap ni sebab kita ni hamba yg tak punya apa2...segala2nya adalah dari Allah. Tapi bila ada rasa mengharap ni kebanyakan orang pun masih lagi berat untuk tunaikan solat.
Rasa yg ketiga adalah perasaan kasih dan cinta pd Allah. Kita perlu ingat kita lahir sebagai orang Islam diberi bermacam2 nikmat oleh Allah..nikmat yg terbesar adalah nikmat iman, Islam dan ihsan..jadi semasa solatlah kita nak hadirkan rasa cinta kasih dan sayang pada Allah..sebab kita dah diberi bermacam2 nikmat oleh Allah..bila ada rasa cinta ni rasa berat untuk solat akan mula hilang..saya bagi contoh yg senang nk faham..contohnya kalau seseorang lelaki hendak dijodohkan oleh ibunya dengan orang yg dia tak suka..hari2 nak jumpa pun rasa berat..rasa malas dan bermacam2 perasaan lagi. Tapi kalau lelaki tu hendak dikahwinkan dengan orang yg dia cinta, hari2 jumpa pun takda masalah..rasa bahagia je bila jumpa. Begitu juga solat..kalau kita ada perasaan cinta tu pada Allah, kita akan mula rasa rindu, rasa cinta kasih dan sayang dan akan mula rasa seronok untuk solat..bila perasaan ni hadir kita tak akan rasa berat langsung untuk solat..malah akan rasa selalu menanti2 untuk solat..bila perasaan ni hadir automatik solat kita akan mula khusyuk..mudah2an apa yg saya kongsikan ini saudara dapat amalkan dan mudah2an saudara dan kita semua sentiasa dipermudahkan Allah untuk sentiasa menjaga solat 5 waktu.
