BTC USD 82,468.8 Gold USD 4,171.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kenaikan harga masih normal

Memang menteri xtau buat kerja... Setakat nak bagi alasan... Mana2 orang pun boleh jadi menteri la macam tu... takda solusi langsung..

Mereka akan biar harga barang turun sendiri...
 
Kerajaan lembik ka jang?
Mana2 pun sama la
Guna skrip sama ulang2
Sbelum naik je pandai
Da naik jd bodo balik

tp takpe la tuan kita da bole pakai bellfire
Kita dok pakai perodua lg ni hehe

Takkan tuhan kita bohong dlm kitab suci kot 😂
7-EB82502-9-ED3-463-F-BCF7-87-FCCFA2-AD21.jpg
 
EKONOMI | Harga Barang Keperluan Dijangka Terus Meningkat

Permintaan kebanyakan barangan yang tinggi pasca pemulihan aktiviti ekonomi dijangka menyebabkan harga bekalan terus meningkat dua bulan akan datang.

TA Securities dalam nota penyelidikannya berkata gangguan terhadap rantaian bekalan dan kelewatan penghantaran menyebabkan inflasi kos meningkat secara mendadak.

​
 
Mana2 pun sama la
Guna skrip sama ulang2
Sbelum naik je pandai
Da naik jd bodo balik

tp takpe la tuan kita da bole pakai bellfire
Kita dok pakai perodua lg ni hehe

Takkan tuhan kita bohong dlm kitab suci kot 😂
7-EB82502-9-ED3-463-F-BCF7-87-FCCFA2-AD21.jpg
Manusia kan akan berulang2 buat silap benda yg sama sejak dl kala lg....sebab dia mai akaq yg sama....tiba masa br mai baka br hehehe
 
Isu kenaikan harga barangan adalah satu isu yang kompleks dan perlu libat urus semua pemegang taruh.
#AWANInews #AWANI745

Harga Barang Naik: KPDNHEP enggan tergesa-gesa kenakan sekatan harga maksimum - Alexander​

November 30, 2021 12:23 MYT

1638265288669.png

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, isu kenaikan harga barangan adalah satu isu yang kompleks dan perlu libat urus semua pemegang taruh. - Gambar fail BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya melaksanakan sekatan harga maksimum biarpun harga barangan sedikit menggusarkan masyarakat di negara ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Menurut Ahli Parlimen Kapit itu, persoalan kenaikan harga barangan adalah satu isu yang kompleks dan perlu dilakukan libat urus semua pemegang taruh sama ada pembekal, pemborong, mahupun peruncit bagi memastikan perkara itu dapat ditangani sebaik mungkin.

Dalam masa sama, beliau tidak boleh sewenang-wenangnya berjanji untuk menurunkan harga seperti sering dilakukan ahli-ahli politik pembangkang untuk meraih sokongan rakyat.

“Perkara ini agak kompleks, bukan terletak pada KPDNHEP (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hak Ehwal Pengguna) semata-mata. Memang ada kenyataan saya bahawa harga mungkin akan turun, tetapi apabila saya buat kenyataan, kita akan cuba lakukan.

“Tapi awak patut tahu, isu ini sangat kompleks, bukan dalam tangan KPDNHEP semata-mata. Kalau nak buat janji, dulu Port Dickson (Datuk Seri Anwar Ibrahim) pun pernah kata, Pakatan Harapan menang (pilihan raya) hari ini, esok minyak turun. Tetapi tidak berlaku,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng, yang mahu mengetahui sama ada Menteri KPDNHEP akan bertanggungjawab terhadap kenyataannya bahawa isu harga barang akan selesai dalam seminggu dua lagi.

Media pada 25 November lepas melaporkan Alexander sebagai berkata, pihaknya sedang mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) serta Kementerian Kewangan (MoF) untuk menangani isu tersebut.

Beliau turut menegaskan, tindakan mengenakan sekatan harga maksimum jika tidak dilakukan dengan berhati-hati, dikhuatiri boleh menganiaya peniaga.

“Kita tahu keluhan peniaga kecil ini kalau buat begitu saja tidak secara dengan ada solusi menyeluruh, holistik, atau membantu dalam erti mengurangkan kos operasi mereka, jadi memang peniaga ini teraniaya.

“Saranan Bagan itu betul, tepat, tapi kami risau, dan kami tak mahu tergesa gesa,” katanya lagi.

Masa ni Anwar gelak lah. Dia cakap "Saya bukan Perdana Menteri".
 
Back
Top
Log in Register