BTC USD 83,352.1 Gold USD 4,161.07
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kenaikan harga masih normal

Jilat selagi boleh......

IMG_20211130_231636.jpg
IMG_20211130_231650.jpg
Kdg2 xfhm apa depa fikirkan
 
Harga barangan keperluan asas meningkat bukan berpunca daripada peniaga - PM Ismail Sabri​

Harga barangan keperluan asas meningkat bukan berpunca daripada peniaga - PM Ismail Sabri

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang hari ini turun padang meninjau harga barang di sini, mengakui terdapat peningkatan harga barangan keperluan harian ketika ini.

Namun, katanya kenaikan yang berlaku bukan berpunca daripada peniaga.

Beliau berkata situasi tersebut berlaku disebabkan kos yang ditanggung di pelbagai peringkat rantaian bekalan sebelum sampai kepada peniaga.

"Memang benar harga barangan keperluan naik ketika ini. Kenaikan ini bukan berpunca daripada peniaga dan pemborong. Saya lihat ia berpunca daripada rantaian bekalan.

"Sebagai contoh harga ayam. Penternak ada kos, kilang ada kos, pemborong ada kos. Jadi bila sampai kepada peniaga, harga sudah tinggi," katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan harga barangan keperluan di MyFarm Outlet Kasih di sini.

Beliau berkata Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) perlu bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk mencari penyelesaian terhadap situasi tersebut.

"Dalam masa sama, kita (kerajaan) kena lihat isu penglibatan orang tengah secara serius," katanya.

Isu Harga Barang | PM akui harga barang naik
Ismail Sabri berkata kerajaan akan mengimport ayam sejuk beku bagi menampung permintaan dan membolehkan rakyat mendapat bekalan pada harga lebih rendah berbanding ayam segar tempatan.

"Untuk permulaan kita akan bawa masuk 200 kontena dahulu," katanya dan menambah bahawa bekalan ayam sejuk beku import itu dijangka berada di pasaran selewat-lewatnya minggu depan.

Ismail Sabri berkata harga ayam tempatan ketika ini dijual pada harga yang tinggi berbanding sebelum ini.

“Peningkatan harga ayam di pasaran sehingga RM9.80 sekilogram adalah di luar kebiasaan walaupun sebelum ini pernah cecah lebih RM10 sekilogram. Tetapi jarang berlaku, biasanya harga ayam sekilogram antara RM7 dan RM8,” katanya.

Bagi isu bekalan ikan segar pula, Ismail Sabri berkata MAFI akan menghentikan sementara eksport ikan bagi memastikan bekalan itu mencukupi, mudah didapati dan dijual pada harga munasabah untuk pasaran tempatan.

“Kalau boleh kita hentikan sementara eksport ikan ke luar negara kerana yang penting ketika ini adalah rakyat. Kita tidak mahu rakyat dibebankan dengan kenaikan harga barangan keperluan khususnya barang basah,” katanya.

Menurutnya, kaedah tersebut pernah dilakukan pada 2013 ketika beliau memegang portfolio Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani bagi memastikan bekalan ikan segar tempatan mencukupi dan dijual pada harga berpatutan.

-- BERNAMA
 
Isu kenaikan harga barangan adalah satu isu yang kompleks dan perlu libat urus semua pemegang taruh.
#AWANInews #AWANI745

Harga Barang Naik: KPDNHEP enggan tergesa-gesa kenakan sekatan harga maksimum - Alexander​

November 30, 2021 12:23 MYT

1638265288669.png

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, isu kenaikan harga barangan adalah satu isu yang kompleks dan perlu libat urus semua pemegang taruh. - Gambar fail BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya melaksanakan sekatan harga maksimum biarpun harga barangan sedikit menggusarkan masyarakat di negara ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Menurut Ahli Parlimen Kapit itu, persoalan kenaikan harga barangan adalah satu isu yang kompleks dan perlu dilakukan libat urus semua pemegang taruh sama ada pembekal, pemborong, mahupun peruncit bagi memastikan perkara itu dapat ditangani sebaik mungkin.

Dalam masa sama, beliau tidak boleh sewenang-wenangnya berjanji untuk menurunkan harga seperti sering dilakukan ahli-ahli politik pembangkang untuk meraih sokongan rakyat.

“Perkara ini agak kompleks, bukan terletak pada KPDNHEP (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hak Ehwal Pengguna) semata-mata. Memang ada kenyataan saya bahawa harga mungkin akan turun, tetapi apabila saya buat kenyataan, kita akan cuba lakukan.

“Tapi awak patut tahu, isu ini sangat kompleks, bukan dalam tangan KPDNHEP semata-mata. Kalau nak buat janji, dulu Port Dickson (Datuk Seri Anwar Ibrahim) pun pernah kata, Pakatan Harapan menang (pilihan raya) hari ini, esok minyak turun. Tetapi tidak berlaku,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng, yang mahu mengetahui sama ada Menteri KPDNHEP akan bertanggungjawab terhadap kenyataannya bahawa isu harga barang akan selesai dalam seminggu dua lagi.

Media pada 25 November lepas melaporkan Alexander sebagai berkata, pihaknya sedang mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) serta Kementerian Kewangan (MoF) untuk menangani isu tersebut.

Beliau turut menegaskan, tindakan mengenakan sekatan harga maksimum jika tidak dilakukan dengan berhati-hati, dikhuatiri boleh menganiaya peniaga.

“Kita tahu keluhan peniaga kecil ini kalau buat begitu saja tidak secara dengan ada solusi menyeluruh, holistik, atau membantu dalam erti mengurangkan kos operasi mereka, jadi memang peniaga ini teraniaya.

“Saranan Bagan itu betul, tepat, tapi kami risau, dan kami tak mahu tergesa gesa,” katanya lagi.

KLu X maMPu JaDI kErAj
Jilat selagi boleh......

IMG_20211130_231636.jpg
IMG_20211130_231650.jpg

Jadikan pembangkang semula.. baru auto bijak
 
Harga barangan keperluan asas meningkat bukan berpunca daripada peniaga - PM Ismail Sabri​

Harga barangan keperluan asas meningkat bukan berpunca daripada peniaga - PM Ismail Sabri

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang hari ini turun padang meninjau harga barang di sini, mengakui terdapat peningkatan harga barangan keperluan harian ketika ini.

Namun, katanya kenaikan yang berlaku bukan berpunca daripada peniaga.

Beliau berkata situasi tersebut berlaku disebabkan kos yang ditanggung di pelbagai peringkat rantaian bekalan sebelum sampai kepada peniaga.

"Memang benar harga barangan keperluan naik ketika ini. Kenaikan ini bukan berpunca daripada peniaga dan pemborong. Saya lihat ia berpunca daripada rantaian bekalan.

"Sebagai contoh harga ayam. Penternak ada kos, kilang ada kos, pemborong ada kos. Jadi bila sampai kepada peniaga, harga sudah tinggi," katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan harga barangan keperluan di MyFarm Outlet Kasih di sini.

Beliau berkata Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) perlu bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk mencari penyelesaian terhadap situasi tersebut.

"Dalam masa sama, kita (kerajaan) kena lihat isu penglibatan orang tengah secara serius," katanya.

Isu Harga Barang | PM akui harga barang naik
Ismail Sabri berkata kerajaan akan mengimport ayam sejuk beku bagi menampung permintaan dan membolehkan rakyat mendapat bekalan pada harga lebih rendah berbanding ayam segar tempatan.

"Untuk permulaan kita akan bawa masuk 200 kontena dahulu," katanya dan menambah bahawa bekalan ayam sejuk beku import itu dijangka berada di pasaran selewat-lewatnya minggu depan.

Ismail Sabri berkata harga ayam tempatan ketika ini dijual pada harga yang tinggi berbanding sebelum ini.

“Peningkatan harga ayam di pasaran sehingga RM9.80 sekilogram adalah di luar kebiasaan walaupun sebelum ini pernah cecah lebih RM10 sekilogram. Tetapi jarang berlaku, biasanya harga ayam sekilogram antara RM7 dan RM8,” katanya.

Bagi isu bekalan ikan segar pula, Ismail Sabri berkata MAFI akan menghentikan sementara eksport ikan bagi memastikan bekalan itu mencukupi, mudah didapati dan dijual pada harga munasabah untuk pasaran tempatan.

“Kalau boleh kita hentikan sementara eksport ikan ke luar negara kerana yang penting ketika ini adalah rakyat. Kita tidak mahu rakyat dibebankan dengan kenaikan harga barangan keperluan khususnya barang basah,” katanya.

Menurutnya, kaedah tersebut pernah dilakukan pada 2013 ketika beliau memegang portfolio Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani bagi memastikan bekalan ikan segar tempatan mencukupi dan dijual pada harga berpatutan.

-- BERNAMA
Aku rasa rakyat tau la benda ni..
Yg rakyat nak tau ape tindakan kerajaan untuk turunkan harga barang... Nak import dari luar pun ambil masa lama nak buat keputusan..
 
BARANGAN KEPERLUAN | Tindakan Tegas Kepada Pihak Manipulasi Harga - PM

Penguatkuasaan tegas tanpa kompromi perlu diambil terhadap pihak yang memanipulasi harga barangan keperluan harian.

Perdana Menteri berkata penyelesaian jitu juga perlu dicari dalam menangani punca sebenar isu itu.

#vivoY76 #vivoY76MobileLegends #IncredibleGamingExperience

​
 
Yg tanam sayur cakap dia jual rm1, kt market sampai rm6-7

Yg naik kan mmg antara pmborong dgn peniaga la
 
PM gesa perangi orang tengah

PUTRAJAYA: Terlalu banyak rantaian perniagaan dengan setiap satunya mengaut keuntungan berlebihan adalah antara punca berlaku peningkatan harga barang ketika ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sehubungan itu, beliau mengarahkan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee mencari jalan memerangi orang tengah bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk memastikan kenaikan harga…

dah bertahun dengar perangi orang tengah ni tapi hasil tarak.
 
Back
Top
Log in Register