BTC USD 83,352.1 Gold USD 4,161.07
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kenaikan harga masih normal

“Kerajaan perlu ambil tindakan segera, harga sayur, ikan, ayam, semuanya harga telah naik menggila ketika ini..." - Anwar

Kerajaan gagal tangani isu kenaikan harga barang: Anwar Ibrahim
| | 30 November 2021

1638266407429.png

Anwar Ibrahim - Foto fail Bernama

SHAH ALAM - Kerajaan dilihat gagal menguruskan kemelut kenaikan harga barang apabila tidak mengemukakan sebarang tindakan drastik untuk mengatasi isu berkenaan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, agensi kerajaan yang sepatutnya memainkan peranan penting sewaktu berdepan krisis kenaikan harga barang tidak dilihat terlibat dalam usaha berkaitan.

“Ketika harga barang naik, mana perginya agensi kerajaan Persekutuan yang sepatutnya melibatkan FAMA (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan), MARDI (Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia) dan sebagainya untuk sama-sama tampil dengan keluaran produk sendiri untuk bantu petani dapat harga yang lebih baik.

“Kerajaan perlu ambil tindakan segera, harga sayur, ikan, ayam, semuanya harga telah naik menggila ketika ini dan perkara ini saya telah bangkitkan di Parlimen sebagai krisis nasional," katanya ketika melakukan tinjuan di gerai jualan sayur anjuran PKPS di Shah Alam pada Selasa.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri mengambil inisiatif menerusi Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) untuk menawarkan harga barangan lebih rendah.

“Ini hanya sebahagian daripada usaha kerajaan negeri... sebahagian besar sektor pertanian berada di bawah tanggungjawab kerajaan Persekutuan.

“Usaha yang digerakkan PKPS ini bukan perkara baharu... sebelum ini juga kita telah laksanakan Selangor Agro Market sewaktu PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) yang lalu yang turut menawarkan harga yang rendah,” katanya ketika turut hadir dalam tinjauan berkenaan.

Menyedari situasi kenaikan harga barangan semasa, Amirudin berkata, PKPS telah melanjutkan lagi tawaran harga produknya.

“Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kita cuba bantu pihak yang memerlukan dengan mengurangkan harga barangan dan bukan hanya mengambil langkah populis untuk rakyat,” katanya. - Awani

Isu kenaikan harga barangan adalah satu isu yang kompleks dan perlu libat urus semua pemegang taruh.
#AWANInews #AWANI745

Harga Barang Naik: KPDNHEP enggan tergesa-gesa kenakan sekatan harga maksimum - Alexander​

November 30, 2021 12:23 MYT

1638265288669.png

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, isu kenaikan harga barangan adalah satu isu yang kompleks dan perlu libat urus semua pemegang taruh. - Gambar fail BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya melaksanakan sekatan harga maksimum biarpun harga barangan sedikit menggusarkan masyarakat di negara ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Menurut Ahli Parlimen Kapit itu, persoalan kenaikan harga barangan adalah satu isu yang kompleks dan perlu dilakukan libat urus semua pemegang taruh sama ada pembekal, pemborong, mahupun peruncit bagi memastikan perkara itu dapat ditangani sebaik mungkin.

Dalam masa sama, beliau tidak boleh sewenang-wenangnya berjanji untuk menurunkan harga seperti sering dilakukan ahli-ahli politik pembangkang untuk meraih sokongan rakyat.

“Perkara ini agak kompleks, bukan terletak pada KPDNHEP (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hak Ehwal Pengguna) semata-mata. Memang ada kenyataan saya bahawa harga mungkin akan turun, tetapi apabila saya buat kenyataan, kita akan cuba lakukan.

“Tapi awak patut tahu, isu ini sangat kompleks, bukan dalam tangan KPDNHEP semata-mata. Kalau nak buat janji, dulu Port Dickson (Datuk Seri Anwar Ibrahim) pun pernah kata, Pakatan Harapan menang (pilihan raya) hari ini, esok minyak turun. Tetapi tidak berlaku,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng, yang mahu mengetahui sama ada Menteri KPDNHEP akan bertanggungjawab terhadap kenyataannya bahawa isu harga barang akan selesai dalam seminggu dua lagi.

Media pada 25 November lepas melaporkan Alexander sebagai berkata, pihaknya sedang mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) serta Kementerian Kewangan (MoF) untuk menangani isu tersebut.

Beliau turut menegaskan, tindakan mengenakan sekatan harga maksimum jika tidak dilakukan dengan berhati-hati, dikhuatiri boleh menganiaya peniaga.

“Kita tahu keluhan peniaga kecil ini kalau buat begitu saja tidak secara dengan ada solusi menyeluruh, holistik, atau membantu dalam erti mengurangkan kos operasi mereka, jadi memang peniaga ini teraniaya.

“Saranan Bagan itu betul, tepat, tapi kami risau, dan kami tak mahu tergesa gesa,” katanya lagi.

Awal2 kena letak dah harga maksimum
Masa dekat orang tengah lagi
 
enggan tergesa2 kenakan sekatan harge?
die duk kire masalah tokey2 je la...
rakyat ade duit,takde duit hadap la dgn tenang masalah ni ye...
 
Nak tunggu smp rakyat mengamuk ka bertindak u fail la sebagai menteri klau jwb mcm nie
 
Ab Jalil Backer​

6j ·

#KPDNHEP janganlah tidur. Mentang-mentang PM yang kena belasah berkenaan kenaikan harga barang, semua buat tak tahu saja.

Benar kenaikan harga barang banyak bergantung kepada kerjasama pengguna mengurangkan pembelian barangan yang naik harga.

Namun pihak KPDNHEP juga perlu tunjuk inisiatif turun padang dan menggunakan Peraturan-Peraturan Kawalan Harga Dan Antipencatutan (Mekanisme Untuk Menentukan Keuntungan Tinggi Yang Tidak Munasabah) 2018.

Bukan kerja PM pantau dan mengawal harga barang ini. Kementerian terbabit perlu ambil tanggungjawab ini. Sekurang-kurangnya rakyat mahu melihat kerajaan berbuat sesuatu walaupun tidak menyelesaikan sepenuhnya.
 
‘Sejak Zaman Abah Kau Harga Barang Naik, Cecah Paras Tertinggi’

30.11.2021 - Kuala Lumpur, Bekas Perdana Menteri Najib Razak membidas kenyataan Pemuda Bersatu yang mencetuskan persoalan jika kenaikan barangan dipengaruhi oleh kemenangan BN pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka pada 20 November lalu dan mengaitkannya dengan perkataan ‘BN’ yang membawa maksud ‘Barang Naik’.

“Nak memperbodohkan rakyat lagi ke? Harga barang dah lama naik mendadak sebelum PRN Melaka dan sebelum Ismail Sabri jadi PM. Sejak zaman ‘Abah Kau’ (Muhyiddin Yassin) pun. Kerap cecah paras tertinggi,” katanya dalam satu hantara di Facebook.

Menurut Najib, Indeks Harga Pengeluar mengukur kadar perubahan kos pengeluaran tempatan bagi barang-barang dan lazimnya, kenaikan itu ataupun kos pengeluaran akan membawa kepada kenaikan harga barang-barang bagi pengguna beberapa bulan kemudian.

“Indeks harga penegeluar sudah naik mendadak sejak bulan Januari 2021. Sebab itu, saya telah memberi amaran sejak bulan Jun 2021 lalu bahawa inflasi akan menjadi masalah yang semakin besar pada bulan-bulan mendatang sebab saya tengok kadar kenaikan Indeks Harga Pengeluar yang semakin naik mendadak akibat dasar-dasar kerajaan PN yang kurang bijak serta situasi lockdown pandemik,” katanya,

Malah, Najib berkata, Bank Negara semasa kerajaan PN pada akhir bulan Mac 2021 juga telah memberitahu bahawa kadar inflasi akan cecah 5 peratus tidak lama lagi.

“Jadi, saya tak faham kenapa geng PN sedang menggunakan kenaikan harga barang ketika ini sebagai propaganda utama untuk menyerang kerajaan hari ini dan untuk serang BN. Cuba beritahu kami, apakah perubahan dasar utama kerajaan bahawa PM9 selepas kerajaaan gagal PN tumbang yang bawa kepada kenaikan harga barang hari ini?" katanya.

Menurunya, sedangkan hampir semua menteri-menteri yang menjaga dasar-dasar berhubung dasar kewangan, ekonomi, perdagangan antarabangsa, pertanian dan perladangan yang berkait dengan kenaikan harga barang dan khususnya bahan makanan juga adalah dari parti Bersatu-PN.

‘Jadi, kenapa pula kenaikan harga barang sekarang tiba-tiba adalah salah PM9, salah Najib atau salah Umno dan salah BN menang PRN Melaka?”soalnya lagi.​

​

Isu Harga Barang Naik - Dewan Rakyat Panas

30.11.2021 - Kuala Lumpur, Ahli parlimen pembangkang di Dewan Rakyat hari ini mencabar Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Alexander Nanta Linggi supaya meletakkan jawatan jika dia gagal menyelesaikan kenaikan harga barang menjelang 9 Disember. Ini susulan kenyataan Alexander yang pada 25 November berkata, bahawa isu itu akan diselesaikan dalam beberapa minggu.

“Menteri cakap dalam satu dua minggu akan selesai. Sekiranya pada 9 Disember tak selesai, adakah menteri akan mengambil tanggungjawab?” soal Lim Guan Eng (DAP - Bagan).

Bagaimanapun, Alexander menjelaskan bahawa isu itu adalah rumit dan terdapat kemungkinan ia tidak dapat diselesaikan pada masa yang dinyatakan berkenaan. Katanya, isu itu bukan sekadar terletak di tangan kementeriannya. Ini mendorong Lim untuk terus mendesak Alexander sehingga dia melenting.

“Kalau nak berjanji letak jawatan, PD (Anwar Ibrahim - PH Port Dickson) pun pernah kata dulu, hari ini kita menang, besok minyak turun, pun tak turun.

Iskandar Puteri (PH - Lim Kit Siang), pun cakap kalau Anwar tak jadi PM, sy akan undur dia kata. Jadi janji apa?

“Janji apa? Kalau kita nak berpolitik, saya tak nak ….,” katanya sambil tidak sempat menghabiskan ayatnya kerana diganggu.

Namun Alexander berkata dia menerima kritikan dan cadangan daripada Lim. Menteri itu juga sependapat dengan Lim bahawa kenaikan harga barang tidak seharusnya diletakkan di bahu peniaga semata-mata kerana terdapat isu logistik yang terlibat. “Kita tak nak buat teragak-agak, tergesa-gesa ataupun terlalu drastik untuk mengenakan sekatan harga maksimum kerana kalau kita tak kawal harga, kalau (harga) ayam di ladang, kos operasi kita tak bantu, maka peniaga terpaksa jual mahal.

“(Ini) kerana mereka membeli daripada pemborong, pemborong beli daripada penternak mahal. Sebab itu kami tak sebarang, seperti mana disarankan, digesa dan didesak dalam media dan sebagainya, mengapa tidak buat penguatkuasaan, sekatan harga? Kita tak buat sebab kita tahu keluhan daripada peniaga-peniaga kecil ini,” katanya.

Alexander berkata kementeriannya kini membuat libat urus dengan kementerian lain dan juga peniaga kerana masalah itu bukan eksklusif dalam bidang kuasanya sahaja dan melibatkan rantaian bekalan, perladangan dan agensi yang berada di luar kendaliannya. Bagaimanapun, Anwar mencadangkan Alexander untuk membawa isu itu pihak lebih tinggi untuk diselesaikan.

“Bawa (ke) kabinet, selesai. Awak boleh selesaikan bersama. Orang (rakyat) dah tunggu lama,” katanya.

Dalam jawapan bertulis kemudian, Alexander berkata isu kenaikan harga tidak terhad kepada Malaysia dan Tabung Kewangan Antarabangsa telah melaporkan bahawa harga makanan telah melonjak sebanyak 30 peratus di seluruh dunia apabila ekonomi dibuka semula selepas penutupan berpanjangan akibat penularan wabak Covid-19. Alexander berkata kira-kira 2,200 pegawai penguat kuasa telah dikerahkan untuk memastikan kenaikan harga itu benar-benar berpunca daripada isu bekalan dan bukan pencatutan.

Tambahnya, skim kawalan harga juga akan diaktifkan lebih awal untuk musim perayaan ini, menjelang Krismas. Alexander berkata, kerajaan akan melancarkan jualan Keluarga Malaysia melibatkan barangan keperluan asas di 222 kawasan Parlimen seluruh negara bermula 4 Disember ini. Ia sebagai antara langkah memastikan pengguna mendapatkan barang keperluan pada harga lebih murah. Menurutnya, jualan itu dilaksanakan dua kali dalam sebulan dengan barangan keperluan asas akan dipastikan 15 peratus hingga 20 peratus lebih murah.

“Kami telah dapat kerjasama daripada semua agensi terlibat bagi memastikan jualan ini sampai ke sasaran keluarga Malaysia yang terkesan akibat kenaikan harga barang,” katanya.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/601200​
 
Back
Top
Log in Register