BTC USD 76,395.5 Gold USD 4,310.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Suri Rumah Didenda RM4,000 Sebar Maklumat Palsu Kenaikan Harga Minyak

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80

Suri Rumah Didenda RM4,000 Sebar Maklumat Palsu Kenaikan Harga Minyak​

ee536b5ad4ad6e295828320f3fe3d70b6a4c7793f2af9

Suri rumah Nur Nadia Ahmad Johari, 34, didenda RM4,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini selepas mengaku bersalah membuat dan memulakan penghantaran komunikasi palsu menerusi aplikasi Threads berhubung kenaikan harga minyak.

Seorang suri rumah didenda RM4,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah membuat dan memulakan penghantaran komunikasi palsu menerusi aplikasi Threads berhubung kenaikan harga minyak.

Hakim Ahmad Fuad Othman menjatuhkan hukuman itu terhadap Nur Nadia Ahmad Johari, 34, yang mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan, Nur Nadia didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran palsu yang disertakan dengan satu infografik palsu berhubung kenaikan harga minyak dengan niat mengganggu orang lain pada 31 Mac lepas.

Pertuduhan dikemukakan Pegawai Pendakwa Nazrul Nizam Mohd Zamri mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman di bawah Seksyen 233(2) akta sama.

Dalam penghakimannya, Ahmad Fuad berkata pindaan terhadap Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 menunjukkan kesungguhan kerajaan untuk membendung penyebaran kandungan palsu dan jelek yang boleh menimbulkan keresahan dalam masyarakat.

Beliau berkata penyebaran maklumat palsu boleh membawa implikasi yang lebih besar apabila melibatkan isu sensitif seperti agama, kaum, institusi diraja serta perkara yang berpotensi mengganggu ketenteraman awam.

“Hari ini mungkin seseorang beranggapan satu hantaran itu perkara kecil tetapi apabila dikongsi oleh ratusan atau ribuan orang, kesannya menjadi jauh lebih besar kepada masyarakat,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register