BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kementerian Perladangan Dan Komoditi Peruntuk RM100,000 Kepada SK Bendang Kering

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

Kementerian Perladangan Dan Komoditi Peruntuk RM100,000 Kepada SK Bendang Kering​

30b5a74e6c9b799bd368ca7a2e4071e869eaf0edbd4f2


Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) memperuntukkan RM100,000 kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Bendang Kering di Kuala Kangsar menerusi inisiatif Sekolah Angkat MADANI.

KPK dalam kenyataan memaklumkan majlis penyerahan Sekolah Angkat MADANI 2025 kementerian itu di sekolah tersebut hari ini disempurnakan Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan Strategik dan Pengurusan) KPK Shafie Taib.

Lembaga Getah Malaysia (LGM) bertindak sebagai agensi pelaksana program yang menjadi sebahagian daripada komitmen berterusan kementerian dalam menyokong agenda pembangunan pendidikan dan pemerkasaan modal insan negara.

“Program ini menjadi inisiatif strategik Kerajaan MADANI dalam memperkukuh akses kepada pendidikan berkualiti melalui penambahbaikan infrastruktur sekolah, pelaksanaan program peningkatan akademik, pembangunan sahsiah dan kepimpinan murid serta pengukuhan kemudahan pembelajaran digital,” menurut kenyataan itu.

KPK memaklumkan pemilihan SK Bendang Kering mencerminkan komitmen kerajaan untuk memastikan murid di kawasan luar bandar turut menikmati kemudahan pendidikan yang berkualiti, selesa dan setanding dengan perkembangan pendidikan semasa.

KPK memaklumkan peruntukan itu dimanfaatkan bagi menaik taraf tapak perhimpunan, dewan, sudut bacaan ilmiah dan kelas prasekolah selain menyediakan kemudahan seperti papan pintar interaktif yang membolehkan proses pengajaran serta pembelajaran secara lebih interaktif, kreatif serta berkesan.

Selain itu, penyediaan penyaman udara, papan tanda ilmiah dan kerusi murid pula mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif serta berteraskan teknologi.

“Program ini turut merangkumi pelaksanaan inisiatif peningkatan akademik serta pembangunan bakat dan kepimpinan murid bagi membantu melahirkan generasi yang berilmu, berkemahiran dan berdaya saing,” menurut kenyataan itu.

KPK juga memaklumkan program peningkatan akademik melibatkan mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik turut dilaksanakan dengan bantuan serta insentif disediakan sebagai galakan kepada murid yang menunjukkan pencapaian cemerlang.

 
Back
Top
Log in Register