BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,297.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Agong Dipersembah Taklimat Perancangan Kementerian Perladangan Dan Komoditi

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,712
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,712
Reaction score
97
Points
80
4d8ca4e61e697bc77734a8091a7f55d2695de51fc491c

03b5752b951eccf1ae8505af6de384de695de535332c4

Kredit: FB - Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima mengadap Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad yang dilantik menjawat jawatan itu pada 16 Dis.

Menerusi hantaran Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pertemuan berlangsung di Istana Bukit Tunku di sini dan Seri Paduka Baginda turut dipersembahkan taklimat mengenai perancangan serta hala tuju strategik Kementerian Perladangan dan Komoditi.

Hadir sama pada sesi itu ialah Ketua Setiausaha kementerian berkenaan Datuk Yusran Shah Mohd Yusof.

Dalam pertemuan itu, Seri Paduka Baginda turut berkenan menzahirkan pandangan serta nasihat agar setiap perancangan dilaksanakan dengan penuh integriti, berteraskan tadbir urus yang baik serta sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat.

Noraini yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong dilantik sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi dalam rombakan kabinet diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melibatkan 28 menteri dan timbalan menteri.

 
Back
Top
Log in Register