kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,698
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,698
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Kemasukan Pelajar Antarabangsa Ke Universiti Awam Tidak Jejas Peluang Pelajar Tempatan - KPT
Kemasukan pelajar antarabangsa ke universiti awam (UA) tidak menjejaskan peluang pelajar tempatan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), matrikulasi atau diploma untuk mendapatkan tempat pengajian.
Menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), data sistem MyMoheS hingga 31 Dis 2025 menunjukkan pelajar antarabangsa hanya merangkumi 8.9 peratus daripada keseluruhan enrolmen UA, iaitu sebanyak 56,565 daripada 634,706 pelajar.
KPT memaklumkan majoriti pelajar antarabangsa tertumpu di peringkat pascasiswazah, manakala program prasiswazah di UA kekal memberi keutamaan kepada pelajar tempatan.
Secara keseluruhan, jumlah enrolmen pelajar di institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta ialah 1,264,541 orang, dengan pelajar antarabangsa merangkumi 12.6 peratus atau 159,138 orang.
"Kemasukan pelajar antarabangsa di peringkat prasiswazah dilaksanakan berdasarkan prinsip over and above atau di luar kuota sedia ada.
"Pengambilan pelajar bagi program pascasiswazah seperti Sarjana dan PhD pula dibuat berdasarkan kelayakan akademik serta kapasiti penyelidikan universiti," menurut kementerian itu menerusi jawapan bertulis yang dimuat naik di portal Parlimen hari ini.
Kementerian menjawab soalan yang dikemukakan Chow Yu Hui (PH-Raub), yang ingin mengetahui jumlah pelajar antarabangsa di IPTA mengikut universiti, bidang pengajian dan negara asal bagi tempoh lima tahun lalu, serta sasaran kerajaan untuk meningkatkan kemasukan mereka.
Memperincikan pecahan enrolmen UA, program prasiswazah merekodkan 520,105 pelajar dengan 96.56 peratus (502,212 orang) terdiri daripada pelajar Malaysia, manakala pelajar antarabangsa hanya 3.44 peratus (17,893 orang).
"Data ini dengan jelas menunjukkan bahawa majoriti pelajar antarabangsa berada di peringkat pascasiswazah, bukannya bersaing mendapatkan tempat bersama lepasan SPM, STPM, matrikulasi atau diploma yang memohon ke program prasiswazah," tambahnya.