Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,766
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,766
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Kadar Enrolmen Pelajar Antarabangsa Hanya 12.6 Peratus Di IPT Dalam Negara - KPT
PUTRAJAYA, 5 Julai (Bernama) — Pelajar antarabangsa hanya mewakili 12.6 peratus daripada keseluruhan enrolmen di institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta di Malaysia sehingga 31 Dis 2025, demikian menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
KPT memaklumkan sistem MyMoHES (Sistem Pengumpulan Data Kementerian Pendidikan Tinggi) juga menunjukkan jumlah keseluruhan enrolmen di IPT awam dan swasta adalah seramai 1,264,541 pelajar, dengan 159,138 daripadanya merupakan pelajar antarabangsa (12.6 peratus) manakala selebihnya iaitu 1,105,403 orang atau 87.4 peratus merupakan pelajar Malaysia.
“KPT merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Jitra Dr Haim Hilman Abdullah yang mendakwa kemasukan pelajar antarabangsa ke universiti awam telah mengurangkan peluang pelajar tempatan untuk melanjutkan pengajian.
“Dakwaan tersebut tidak berasas, mengelirukan dan gagal menggambarkan realiti sebenar sistem pendidikan tinggi negara,” maklum KPT dalam satu kenyataan hari ini.
Berdasarkan data, jumlah keseluruhan enrolmen di universiti awam adalah sebanyak 634,706 pelajar dan daripada jumlah itu, 56,565 orang atau 8.9 peratus merupakan pelajar antarabangsa, manakala 578,141 orang atau 91.1 peratus ialah pelajar tempatan.
Mengikut peringkat pengajian di universiti awam, program prasiswazah mencatatkan jumlah enrolmen sebanyak 520,105 pelajar, terdiri daripada 502,212 pelajar Malaysia atau 96.56 peratus dan 17,893 pelajar antarabangsa atau 3.44 peratus.
Bagi program pascasiswazah pula, jumlah enrolmen ialah seramai 114,601 pelajar, dengan 75,929 orang atau 66.26 peratus merupakan pelajar Malaysia, manakala 38,672 orang atau 33.74 peratus ialah pelajar antarabangsa.
KPT menegaskan data itu dengan jelas menunjukkan bahawa majoriti pelajar antarabangsa berada di peringkat pascasiswazah, bukannya bersaing mendapatkan tempat bersama lepasan Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, matrikulasi atau diploma yang memohon ke program prasiswazah.
Mengenai dakwaan pelajar antarabangsa di lima universiti penyelidikan iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia ‘merampas’ tempat pelajar tempatan, KPT menjelaskan jumlah enrolmen di lima universiti tersebut ialah seramai 186,824 orang.