BTC USD 76,704.6 Gold USD 4,373.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

167,000 Pelajar Antarabangsa Sumbang RM20 Bilion Setahun Kepada Ekonomi Negara - EMGS

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80

167,000 Pelajar Antarabangsa Sumbang RM20 Bilion Setahun Kepada Ekonomi Negara - EMGS​

c934df931eb8db7d3ab2693bc09a192b6a8a5f5db98b4

0058a6cbb9940680a2b35c20140f45666a8a5f1870616

17d63e3e983e8f1b8dbfd41830c3b3e66a8a5ef63ea59

Ketua Pegawai Eksekutif Education Malaysia Global Services (EMGS) Novie Tajuddin ditemu bual BERNAMA semasa Program "Malaysian Cultural Discovery Community Immersion" di Pantai Teluk Ketapang, semalam.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Kehadiran kira-kira 167,000 pelajar antarabangsa di Malaysia ketika ini, menyumbang sekitar RM20 bilion setahun kepada ekonomi negara menerusi perbelanjaan berkaitan yuran pengajian dan kos sara hidup, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Education Malaysia Global Services (EMGS) Novie Tajuddin.

Beliau berkata berdasarkan kajian yang dijalankan EMGS, setiap pelajar antarabangsa secara purata membelanjakan kira-kira RM10,000 sebulan, sepanjang tempoh berada di negara ini.

“Dengan jumlah 167,000 pelajar antarabangsa yang ada di Malaysia pada hari ini, ia memberikan impak kira-kira RM20 bilion setahun, kepada ekonomi negara. Sebagai contoh, jika mereka belajar di universiti di Terengganu seperti Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), masyarakat sekeliling turut menerima impak sosial dan ekonomi yang baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Malaysian Cultural Discovery Community Immersion Program di Pantai Teluk Ketapang, di sini semalam.

Novie berkata kehadiran pelajar antarabangsa, bukan sahaja memberi manfaat kepada institusi pendidikan tinggi, malah turut merancakkan aktiviti ekonomi setempat termasuk perniagaan makanan dan perkhidmatan.

Sementara itu, beliau berkata Malaysia kini diiktiraf sebagai antara 14 destinasi pendidikan tinggi utama dunia, sekali gus membuktikan negara ini semakin menjadi pilihan pelajar antarabangsa untuk melanjutkan pengajian.

“Sebelum ini hanya empat negara iaitu United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia dan Kanada sering menjadi pilihan utama pelajar antarabangsa, namun kini Malaysia turut berada dalam senarai berkenaan.

“Ini menunjukkan kita sudah menjadi pesaing dalam pendidikan tinggi dunia,” katanya.

Novie berkata jumlah pelajar antarabangsa di Malaysia meningkat kira-kira 23 peratus dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini, sekali gus menunjukkan pertambahan minat pelajar luar negara untuk melanjutkan pengajian di negara ini.

 
Back
Top
Log in Register