BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pusat Darah Negara Sasar Kadar Derma Darah Capai Tiga Peratus

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Pusat Darah Negara Sasar Kadar Derma Darah Capai Tiga Peratus​

875f6b52b9a45f14db1ad359a3794379640f447f6333a


Pusat Darah Negara menyasarkan peningkatan kadar pendermaan darah di Malaysia kepada sekurang-kurangnya tiga peratus daripada jumlah populasi semasa bagi memastikan bekalan darah negara kekal stabil dan mampu memenuhi permintaan yang semakin meningkat.

Timbalan Pengarah 1 Pusat Darah Negara Dr Tun Maizura Mohd Fathullah berkata kadar pendermaan darah negara ketika ini berada pada tahap 2.3 peratus, iaitu bersamaan 23 penderma bagi setiap 1,000 penduduk.

“Justeru, kita perlu meningkatkan kesedaran masyarakat supaya kadar ini dapat mencapai sekurang-kurangnya tiga peratus atau 30 penderma bagi setiap 1,000 populasi.

“Peningkatan ini penting bagi menampung keperluan pesakit talasemia, kes pembedahan, wanita bersalin serta mangsa kemalangan yang memerlukan bekalan darah segera,” katanya selepas menerima sumbangan 2,250 beg darah menerusi Kempen Derma Darah Perdana: UiTM Cakna di Universiti Teknologi MARA (UiTM) di sini hari ini.

Dr Tun Maizura berkata bekalan darah di Pusat Darah Negara ketika ini masih mencukupi, namun kutipan perlu dijalankan secara berterusan berikutan permintaan yang konsisten serta jangka hayat komponen darah yang terhad.

“Platelet hanya boleh disimpan selama lima hari manakala sel darah merah mempunyai tempoh simpanan antara 35 hingga 42 hari,” katanya.

Beliau berkata usaha meningkatkan jumlah penderma baharu perlu diperkasakan bagi menggantikan penderma sedia ada yang bakal mencapai had umur maksimum pendermaan darah iaitu 70 tahun.

Menurutnya, keperluan itu turut didorong oleh pertambahan hospital kerajaan yang meningkatkan permintaan terhadap bekalan darah dan beban kerja perubatan.

Beliau turut menggalakkan masyarakat menjadi penderma tetap dengan menderma darah setiap tiga bulan dan bukannya hanya tampil ketika berlaku kecemasan atau kekurangan bekalan.

 
Back
Top
Log in Register