BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dakwaan Nisbah Pelajar Antarabangsa Berbanding Pelajar Tempatan Tidak Benar - UKM

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Dakwaan Nisbah Pelajar Antarabangsa Berbanding Pelajar Tempatan Tidak Benar - UKM​

17dd24ef0721ec1953992265ad3413b16a33ea533726f

Kredit Foto: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menafikan dakwaan yang tular menerusi sebuah video di media sosial berhubung nisbah pelajar antarabangsa berbanding pelajar tempatan di universiti itu.

UKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan dakwaan nisbah pelajar antarabangsa berbanding pelajar tempatan di universiti itu ialah lima pelajar antarabangsa bagi setiap satu pelajar tempatan adalah tidak benar sama sekali.

Menurut UKM, data terkini Pusat Pengurusan Akademik dan Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional menunjukkan bahawa universiti itu mempunyai 46,151 pelajar dengan hanya 3,917 daripadanya merupakan pelajar prasiswazah antarabangsa.

Berdasarkan angka rasmi itu, pelajar prasiswazah antarabangsa hanya mewakili lapan peratus daripada keseluruhan populasi pelajar, sekali gus nisbah 5:1 yang didakwa tersasar jauh daripada fakta sebenar, iaitu kira-kira 1:12.

“Universiti memandang serius penyebaran maklumat palsu atau mengelirukan yang boleh menjejaskan reputasi institusi dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang terus menyebarkan fitnah atau maklumat tidak benar,” menurut kenyataan itu.

UKM memaklumkan universiti itu sentiasa berpegang pada matlamat penubuhannya untuk memartabatkan pendidikan anak bangsa.

Menurut kenyataan itu, pengambilan pelajar antarabangsa tidak menjejaskan keutamaan universiti dalam menyediakan peluang pendidikan kepada pelajar tempatan.

“Pengambilan pelajar antarabangsa pula dilaksanakan secara terkawal, selari dengan seruan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam memacu agenda pengantarabangsaan pendidikan negara,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan dengan itu, UKM menyeru orang ramai supaya mendapatkan maklumat daripada saluran rasmi universiti dan tidak menyebarkan maklumat yang tidak disahkan.

 
Back
Top
Log in Register