BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kejernihan Air Pantai Tanjung Biru Tarik Perhatian Pengunjung

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

Kejernihan Air Pantai Tanjung Biru Tarik Perhatian Pengunjung​

56314d4d8429dbd5a6efae5d7f77b3336a1fc84c89e06

a127df3bcc9eef5f93356ea601a214896a1fc86f1109a

83d5a5b2c74a228a0cd4b52f7f6973996a1fc8958074d

f64a376dcf8c182681e989b3fc57d3a16a1fc8abdd958

Pantai Tanjung Biru atau dikenali sebagai Blue Lagoon muncul antara destinasi pilihan pengunjung terutamanya pada hujung minggu serta cuti sekolah susulan keindahan dan kejernihan air lautnya yang tular di media sosial sejak kebelakangan ini.

Pantai Tanjung Biru atau dikenali sebagai Blue Lagoon kini semakin mendapat perhatian pengunjung selepas keindahan dan kejernihan air lautnya tular di media sosial baru-baru ini.

Fenomena itu bukan sahaja menarik kehadiran pengunjung tempatan, malah pelancong antarabangsa yang ingin menyaksikan sendiri keunikan pantai berkenaan, khususnya semasa cuti panjang baru-baru ini.

Tinjauan Bernama mendapati kawasan pantai yang terkenal dengan pasir putih, pesisir landai dan panorama laut memukau itu, dipenuhi pengunjung seawal pagi dengan ramai mengambil peluang bermandi-manda, berkelah serta merakam gambar kenangan.

Rata-rata pengunjung menyifatkan kejernihan air laut di Pantai Tanjung Biru sebagai antara yang terbaik, sekali gus meletakkannya sebaris dengan beberapa pantai terkenal di tanah air.

Bagi suri rumah, Ramlah Abd Malek, 45, kunjungannya bersama keluarga dari Melaka ke pantai itu ternyata berbaloi selepas hanya melihat keindahannya menerusi perkongsian di media sosial, sebelum ini.

"Sebelum ini kami selalu ke Pantai Telok Kemang, tetapi selepas melihat gambar dan video Blue Lagoon yang tular, kami teruja untuk datang sendiri. Memang cantik dan bersih, malah air lautnya sangat jernih sehingga dasar pantai yang cetek boleh dilihat dengan jelas dan nampak anak-anak ikan.

“Anak-anak saya sangat seronok mandi dan bermain di sini," katanya yang berharap keindahan semula jadi pantai itu dapat terus dipelihara agar kekal menjadi tarikan pelancongan.

Pekerja swasta Mohd Marzuki Hassan, 43, berkata beliau sanggup memandu hampir dua jam dari Selangor dengan membawa ahli keluarganya selepas tertarik dengan paparan gambar dan video kejernihan air laut di kawasan berkenaan.

Beliau yang pernah datang ke pantai itu dua tahun lepas menyifatkan keadaan di situ kini jauh berubah apabila kawasan pantai di situ lebih bersih, mempunyai kemudahan tandas yang baik, berbanding dipenuhi sisa kayu dan arang hitam di tepian pantai sebelum ini.

 
Back
Top
Log in Register