BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Thaipusam Disambut Meriah, Tarik Perhatian Pengunjung Dan Pelancong

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80
82c20d355d18734966900a4197a12b00697ecd77c1c43

1624bd94a2a3b966c1d1513993a3ad55697ecdd3a50d5

57f830c4c419b4dae14f3653767d19c5697ecde6b50a2

Penganut Hindu membawa kavadi bagi upacara keagamaan sempena sambutan Thaipusam ketika tinjauan fotoBernama di Batu Caves hari ini.

Thaipusam disambut bagi memperingati peristiwa Dewi Parvati mengurniakan lembing suci kepada Dewa Murugan bagi menewaskan kejahatan, melambangkan kemenangan kebenaran, keimanan dan pengorbanan.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Perarakan kavadi, alunan doa serta gema muzik tradisional mengiringi sambutan Thaipusam hari ini, apabila penganut Hindu, kebanyakannya berpakaian tradisional memenuhi kuil-kuil utama di seluruh negara dalam suasana penuh keinsafan, keharmonian dan kemeriahan.

Tinjauan Bernama di Kuil Sri Subramaniar Swamy Batu Caves, di sini, antara rumah ibadat utama penganut Hindu, mendapati ribuan penganut mula berkumpul seawal pagi bagi menunaikan nazar masing-masing sempena perayaan berkenaan.

Upacara membawa Paal Kudam (belanga susu) serta mencukur rambut turut menyerikan sambutan sebagai simbol pengorbanan, penyucian diri dan kebergantungan kepada Dewa Murugan, dengan kebanyakan penganut mengenakan pakaian berwarna kuning yang melambangkan simbol suci dan positif.

Bukan itu sahaja, sambutan perayaan keagamaan berkenaan turut menarik kehadiran orang ramai termasuk pelancong dari luar negara yang ingin menyaksikan keunikan Thaipusam, antara perayaan keagamaan paling signifikan di Malaysia.

Pelancong dari Turkiye yang hanya mahu dikenali sebagai Elfie, 33, menyifatkan lawatannya ke Kuil Sri Subramaniar Swamy di Batu Caves sebagai pengalaman yang amat mengujakan, kerana ini kali pertama dia menyaksikan sambutan keagamaan yang sungguh meriah.

“Sambutan perayaan di sini amat berbeza. Ia unik dan meriah, dengan upacara penuh warna-warni, semangat pengabdian yang tinggi dalam kalangan penganut, serta suasana yang meriah sepanjang sambutan,” katanya.

Elfie, yang berkunjung ke Malaysia buat kali pertama berkata pengalaman itu sungguh bermakna dan memberikan peluang untuk mempelajari tentang kepelbagaian budaya dan keagamaan di negara ini.

Sementara itu, pengunjung tempatan Nordin Sabli, 51, berkata kunjungannya ke Batu Caves buat kali kedua pada tahun ini adalah untuk membawa isterinya yang berasal dari Jepun, Nabuko Takahashi, 49, yang mempunyai minat mendalam terhadap kepelbagaian budaya.

“Malaysia terkenal dengan kepelbagaian budaya, jadi saya ingin memperkenalkan atau mendekatkan isteri dan anak-anak dengan kelebihan yang ada di negara ini, lagipun isteri saya memang suka dan ingin pelajari kepelbagaian budaya ini.

 
Back
Top
Log in Register