BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Indonesia dilanda salji, fenomena embun beku tarik perhatian pelancong

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,486
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,486
Reaction score
1,681
Points
201
Indonesia dilanda salji, fenomena embun beku tarik perhatian pelancong


JAKARTA – Destinasi tanah tinggi terkenal Indonesia, Gunung Bromo, sekali lagi menjadi tumpuan apabila fenomena embun beku yang menyerupai salji dilaporkan muncul buat kali pertama tahun ini, menurut portal berita detikjatim.

Kejadian tersebut dilihat melanda beberapa kawasan di Taman Nasional Bromo Tengger Semeru (TNBTS) pada awal pagi Isnin, sekali gus mencipta pemandangan unik yang jarang berlaku di negara beriklim tropika.

Laporan tempatan menyebut, lapisan kristal ais berwarna putih jelas kelihatan melitupi kawasan berumput, dedaunan serta hamparan lautan pasir di sekitar Gunung Bromo.

Fenomena itu berlaku susulan penurunan suhu sehingga di bawah 5 darjah Celsius pada waktu awal pagi. Keadaan cuaca yang sangat sejuk menyebabkan embun yang terbentuk sepanjang malam membeku dan menghasilkan lapisan putih yang kelihatan seperti salji.

Kemunculan fenomena alam tersebut menarik perhatian ramai pelancong yang berada di kawasan berkenaan sejak sebelum matahari terbit.

Pengunjung tidak melepaskan peluang merakam gambar dan menikmati suasana dingin yang luar biasa, sesuatu yang jarang dapat dirasai di negara tropika seperti Indonesia. – Agensi.

Artikel Sinar Harian



 
Back
Top
Log in Register